Atletico Madrid menyingkirkan Barcelona dari separuh akhir Copa Del Rey untuk mara ke final buat pertama kali sejak 2013.

Namun Atletico Madrid berhempas pulas untuk mempertahankan 4 gol agregat yang mereka bawa dari Wanda Metropolitano.

Barcelona melakukam 17 percubaan secara keseluruhan dalam perlawanan ini dengan 8 percubaan adalah tepat.

Marc Bernal menjaringkan gol pembukaan minit ke-29.

Kapten Barca untuk perlawanan ini Raphinha menjadikan kedudukan 2-0 menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Bernal sekali lagi mencetak gol untuk Barcelona. Dia berjaya mengatasi perangkap ofsaid Atletico untuk menyumbat masuk gol ketiga.

Barcelona terus memburu gol keempat. Dengan pasukan Diego Simeone dipaksa bertahan sepanjang perlawanan.

Namun Barcelona tidak mampu untuk melakukan remontada selepas kekalahan yang sangat berat ditanggung mereka pada separuh akhir pertama.

Atletico mara ke final dengan agregat 4-3. Dan ianya final pertama mereka sejak 2012/13 dalam aksi Copa Del Rey. Diego Simeone boleh berkira kira untuk menamatkan penantian piala Copa Del Rey yang mereka menangi pada musim tersebut.