Sebelum ini dilaporkan bahawa anak muda sekarang dilihat lebih gemar membeli kereta yang harganya mahal berbanding membeli rumah.
Terbaharu, pelakon Saharul Ridzwan dalam satu hantarannya di Instagram mengatakan dirinya mengambi keputusan untuk menjual kereta mewahnya, Mercedes Benz E Class selepas 5 tahun memilikinya.
Baca Juga:
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
- Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Kereta Terpakai Di Bawah ‘Market Value’
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
Menurutnya, kereta tersebut hanya digunakannya untuk ke set penggambaran satu ketika dahulu dan selebihnya hanya tersadai di rumah.
Tambahnya, dia terpengaruh dengan kata-kata kawannya untuk membeli kereta tersebut ketika dia baru mahu memulakan perniagaan. Pada awalnya dia berasa gah kerana mempunyai kereta tersebut tetapi lama-kelamaan ia menjadi satu beban untuknya.
“Kereta ini saya buat pinjaman penuh, jadi bila buat pinjaman penuh, tiap-tiap bulan saya bayar RM1,900 lebih dekat RM2,000. Kereta ni saya beli dengan harga RM200,000 pinjaman penuh.
“Saya dah semak dah memang kereta ini Insya-Allah tak pernah lebih mileage. Ada orang cakap saya pusing meterlah. saya pun tak tahu boleh pusing meter.
“Kereta ini memang enjin pun tak pernah kita buka, tak pernah buat apa-apa. Tayar pun ni pun saya tak silap baru dua kali tukar.” ujar Saharul.
Difahamkan, Saharul sudah memasang niat untuk menjual kereta ini dari tahun 2021 lagi dan dia mahu menjualnya dengan harga RM85,000.
Lantaran itu, Saharul memberikan nasihat kepada orang ramai agar mengambil pengajaran dari kisahnya agar sentiasa berbelanja mengikut kemampuan sendiri.