Ayah Uqasha Senrose mengamuk dan mendesak Kamal Adli menceraikan anaknya. Dia turut melabel menantunya itu sebagai lelaki dayus kerana tidak mahu menceraikan Uqasha Senrose.

Ayah Uqasha Senrose iaitu, Nik Sen Mat Rifin berkata: “Kamal, kalau kau jantan, lepaskan! Senang cerita.

“Kalau dia [Uqasha Senrose] tak nak dekat kau, nak buat apa lagi? Kamu ini dayus!.”

Nik Sen menyatakan dia tidak sanggup melihat anaknya dipukul setiap hari, sebab itu dia tidak mahu memberikan peluang kepada Kamal Adli terus bersama anaknya.

“Kalau kita berbaik sekalipun tetapi benda yang sama tetap berlaku. Buat apa?

“Saya tidak rela melihat anak saya dipukul setiap hari,” katanya lagi – seperti mana dilaporkan oleh mStar.

Uqasha turut meminta Kamal segera menceraikannya: “Sudah sudahlah Kamal Adli, tolonglah ceraikan saya.”

Baru baru ini, peguam Uqasha Senrose mengesahkan ada 4 laporan polis ke atas Kamal Adli dibuat – berkaitan dengan keganasan rumah tangga dilakukannya ke atas Uqasha Senrose.

Salah satu daripada laporan polis itu adalah daripada pihak ibu bapa Uqasha Senrose.

Kamal Adli sudah menafikan tuduhan dia memukul Uqasha Senrose selama 4 tahun lamanya, sejak mereka berkahwin dan termasuk ketika isterinya mengandung.

@mbuzzterhangat

“‘Sudah-sudahlah Kamal Adli, tolonglah ceraikan saya…’ Itu luahan penuh emosi Uqasha Senrose. Apa sebenarnya yang berlaku? Jom dengarkan temubual penuh Uqasha bersama Melodi. #meloditv3

♬ original sound – Mbuzz Terhangat – Mbuzz Terhangat

Uqasha Senrose mempertahankan dakwannya dengan menyatakan dia ada bukti gambar dan video.