Jaguh pecut negara, Azeem Fahmi menjawap kritikan yang dilontarkan terhadap prestasi beliau baru-baru ini.

Menerusi akaun X miliknya, Azeem menegaskan beliau tidak tersekat, tetapi ramai yang tidak nampak perkembangan yang ditunjuknya.

Baca Juga:

Azeem Fahmi Jawap Kritikan

“Lebih baik perlahan dari berada di laluan yang salah. Saya tidak tersekat, kamu saja yang tak nampak perkembangan saya,” tulisnya.

Azeem Fahmi

“Hakikatnya bahawa saya tidak pernah peduli dengan semua kritikan daripada orang kerana saya tahu bagaimana ia akan berlaku pada akhirnya.

“Saya hanya mahu mempertahankan diri saya kali ini.

Azeem fahmi

Azeem menjawap kenyataan Penganalisis sukan Datuk Dr Pekan Ramli mengenai prestasi semasa beliau.

“Saya agak hairan dan bimbang dengan prestasi Azeem Fahmi yang tidak konsisten dalam pertandingan.

“Dia belum mencapai rekod kebangsaannya iaitu 10.09. Dia telah bergelut untuk mencatat masa yang baik sejak dua tahun lalu.

Azeem Fahmi

“Ia menimbulkan persoalan mengapa dia tidak mampu mencipta catatan di bawah 10 saat walaupun mempunyai jurulatih yang baik, sistem latihan yang baik,” katanya menurut laporan NST.