Amir Raja Lawak sekali lagi merayu agar syarikat tv yang berhutang RM18,000 dengannya agar melangsaikan hutang tersebut.

Menurutnya, dia ketika ini benar benar memerlukan wang untuk membeli keperluan seharian dan ubat ubatan.

“Hutang bayaran masih sangkut lagi RM18,000 ianya masih belum dilangsaikan ya Dato Adam Dato Ilyas.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Amir Raja Lawak turut menjelaskan tentang persoalan: ‘Kenapa tak buat laporan atau upah peguam sahaja untuk tuntut hutang?

“Sini saya terangkan, sudah berpuluh laporan sudah dibuat oleh orang lain yang masih tidak dapat bayaran daripada dia.

“Berkenaan surat peguam, mengikut info yang saya terima, dah banyak surat lawyer yang dah di hantar kepada dia sebenarnya.

“Lepas tu apa yang terjadi selepas semua tu dah dibuat sebelum-sebelum ni lagi? Dia masih berada di rumah, shopping, bercuti lagi tuan-tuan dan puan-puan.

“Saya?

“Kalau dilihat dengan mata zahir, memang saya tidak kuat, lagi-lagi untuk mendesak orang kaya menyelesaikan amanah nya kepada orang yang tidak kaya iaitu diri saya sendiri.

amir raja lawak

Amir Raja lawak merayu

“Tapi kenapa saya jadi macam ni? Sebab saya tengah memerlukan hak saya yang seolah seperti dinafikan.

“Saya nak ianya selesai secepat mungkin, Dato’ Adam bagi duit saya, dan saya buat hal saya macam biasa.

“Tak kan ketika betul-betul terdesak yang betul-betul limit tak ada masa ketika simpanan semua dah betul-betul dihujung, baru saya nak tekan mintak?

“Confirm tak akan dapat on the spot!”

Amir kemudian menjelaskan bahawa dia sedang buntu memikirkan kos perubatan untuk ayahnya. Sebelum ini Amir menyatakan bahawa dia memerlukan wang itu untuk menampung kos perubatan ayahnya.

Amir Raja Lawak Tuntut Syarikat TV Lunaskan Bayaran RM18,000 Untuk Rawat Kanser Usus Ayahnya

Amir menambah: “Saya nak pakai duit tu untuk beli pampers, susu, stoma bag, ubat-ubat, kos-kos lain yang berkait juga.

“Apa yang saya tengah buat sekarang adalah sediakan payung sebelum hujan. Saya jadi berani macam ni sebab keadaan yang memaksa saya jadi berani.

“Saya tulis ni pun sementara tunggu setel appointment kat hospital hari ini, ada cuci usus dan scan apa yang patut Kat sini sahaja saya mampu luahkan dan bercerita. Terima kasih sudi baca.