Amir Raja Lawak sekali lagi bersuara meminta sebuah syarikat TV untuk segera membayar hutang RM18,000 kepadanya.

Ini kerana Amir benar benar terdesak mahu menggunakan wang tersebut untuk merawat ayahnya yang sedang bertarung dengan kanser.

Sebelum ini Amir sudah memberitahu bahawa ada syarikat TV tersebut sudah bertahun tahun lamanya tidak membayar hutang mereka.

Amir Raja lawak mahukan RM18,000

Dan terbaru Amir Raja Lawak merayu syarikat tv berkenaan: “Sila lunaskan bayaran saya secepat mungkin. Abah saya kena kanser usus. Saya nak RM18,000 tetap tanpa diskaun, tanpa bayaran ansuran.

“Ini soal hidup dan mati abah saya, dan ini soal usaha dan ikhtiar kami sekeluarga buat abah.

“Saya tak minta duit kamu, saya tak mintak pinjam duit, yang saya minta adalah duit dan hak saya!

“Dari awal abah saya masuk wad saya dah maklumkan kepada mereka, saya WhatsApp tunjuk keadaan abah saya, tetapi kena sidai tanpa ada maklum balas positif.”

Saya dalam emergency, kata Amir

Amir Raja Lawak seterusnya mendedahkan minggu lalu pihak tv berkenaan menghubunginya setelah benda viral. Dan menawarkannya bayaran pendahuluan RM3,000. Namun dia tolak.

Amir berkata: “Minggu lepas selepas viral ada mereka nak bagi RM3,000 dahulu, tetapi saya tak nak.

“Kenapa saya tak nak? Sebabnya sebelum ni mereka pernah bagi RM5,000 awal tahun lepas, setahun lebih selepas itu, sampai sekarang ini masih belum dapat apa-apa bayaran tambahan lagi.

“Jadi kenapa saya perlu ambil RM3,000? Sudah tentu saya nak solid RM18,000 sekarang, sebab saya emergency!

“Tak perlu saya jelaskan macamana keadaan abah saya, atau apa yang kami sekeluarga tengah hadapi, anda semua boleh tahu keadaan pesakit kanser usus ini macamana.

“Semoga abah saya cepat kembali sembuh, pulih, sihat seperti biasa, seperti sediakala, Amin Ya mujib.”

Sebelum ini Amir memuat naik perkongsian, dia terpaksa menjual keretanya untukĀ  meneruskan kelangsungan hidupnya dan membayar apa yang patut.