Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebentar tadi mengumumkan perubahan gandingan dalam sektor beregu lelaki bagi menghadapi empat kejohanan akan datang.

Lebih menarik, gandingan baharu ini melibatkan nama-nama besar termasuklah Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.

Perubahan tersebut dibuat pastinya sebagai sebahagian daripada usaha barisan kejurulatihan beregu untuk memperkukuh prestasi beregu lelaki negara menjelang saingan penting yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat.

Dalam masa sama, langkah ini juga dilihat sebagai persediaan jangka panjang bagi memastikan Malaysia kekal kompetitif di pentas antarabangsa, khususnya dalam kejohanan berstatus tinggi yang menjadi sasaran utama musim ini.

BAM Perkenal Pasangan Baharu Hadapi 4 Kejohanan Di Asia

Untuk menghadapi saingan Terbuka China, Terbuka Taipei dan Korea Masters, BAM telah menyenaraikan gandingan Aaron Chia-Aaron Tai, Man Wei Chong-Soh Wooi Yik, Tee Kai Wun-Yap Roy King dan Wan Arif Wan Junaidi-Kang Khai Xing.

Tetapi sebelum itu di Terbuka Jepun, Man Wei Chong-Soh Wooi Yik sudah memulakan gandingan baharu tetapi Wan Arif-Yap Roy King dan Kang Khai Xing-Aaron Tai masih bersama.

Terbuka Jepun (Super 750) akan berlangsung di Tokyo bermula 14 hingga 19 Julai manakala Terbuka China yang merupakan kejohanan berstatus Super 1000 berlangsung di Changzhou pada 21 hingga 26 Julai.

Terbuka Taipei pula akan bermula 28 Julai hingga 2 Ogos dan diikuti Korea Masters pada 4 hingga 9 Ogos.

Sumber