Pasanan suara Siti Nurhaliza membangkitkan seorang lelaki yang koma di Australia kerana serangan jantung.
Suara Datuk Siti Nurhaliza memang merdu, namun siapa sangka ianya juga mampu membantu membangkitkan peminatnya yang sedang koma.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Aimi Nasruddin di akaun IG miliknya.
Menurutnya, dia berdepan detik cemas apabila mengalami serangan jantung ketika sedang duduk berehat.
“Saya duduk dekat sebuah bangku dan menyuruh rakan rakan lagi jalan dulu sebab saya nak rehat. Saya duduk di situ dan collapsed,” tegas Aimi.”

Dia dikejarkan ke hospital St Vincent, dan koma selama 5 hari. Dia mendapat rawatan
Namun siapa sangka, dengan izin Allah, hanya selepas mendengarkan kiriman pesanan suara penyanyi yang diminatinya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Suara Siti Nurhaliza bangkitkan Aimi
Selepas mendengar pesanan suara daripada penyanyi tersohor negara tersebut, Aimi terus memberikan respon.
Aimi berkongsi: “Kira kira 20 hari lalu, atas usaha ayah mencari kawan kawan saya yang boleh mendapatkan voice note Siti Nurhaliza, dengan harapan agar saya memberikan respon yang positif.
“Sebab pada masa ini saya memang tidak sedarkan diri langsung. Itu ada pergerakan pada tangan kanan adalah respon positif, dan ayah saya sangat kagum dengan Siti Nurhaliza.
“Sebab hanya dalam masa sejam sahaja ayah berjaya mendapatkan Siti Nurhaliza daripada kawan kawan saya.

Aimi memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan yang esa kerana dia sudah kembali sembuh dan kembali bekerja seperti biasa serta memandu kereta.
Menurut Aimi ianya seperti keajaiban daripada Ilahi serta berkat doa daripada sahabat serta keluarganya ketika dia dalam keadaan koma.
“Saya anggap ia seperti keajaiban Ilahi dan ia juga berkat doa daripada keluarga dan kawan-kawan,” kata Aimi seperti yang dilaporkan mStar.