Sebut mengenai Zul Yahya pasti orang ramai mengenalinya. Pernah menjadi seorang pelakon dan kini bergelar usahawan membuatkan beliau menjadi perhatian ramai.

Beliau yang sebelum ini membuat Kayuhan Insan Palestin bermula dari Ipoh ke Johor Bahru dan pulang semula ke Ipoh baru-baru ini telah memuat naik sebuah status di Facebook yang nyata menyinggung ramai pihak khususnya bangsa Melayu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Zul Yahya, bangsa Melayu yang merupakan bangsa sendiri yang banyak membuat masalah besar. Masalah seperti merogol anak sendiri, menipu bangsa sendiri, dengki-mendengki, berpecah belah dan merasakan diri hebat semuanya terdapat pada Bangsa Melayu.

Meskipun dikongsikan secara umum, melabelkan Bangsa Melayu dengan kenyataan yang kasar telah membuatkan perkongsian beliau menerima pelbagai respon di kalangan netizen.

Menurut para netizen, wajarlah Bangsa Melayu mempunyai masalah memandangkan Melayu merupakan bangsa majoriti dalam negara. Selain itu, terdapat juga netizen yang mendakwa beliau tidak sedar diri kerana menghina dan mengata bangsa sendiri.

Sebelum ini, kenyataan Zul Yahya turut pernah tular apabila menyeru kru penggambaran untuk meninggalkan dunia hiburan serta memilih pekerjaan yang lebih diberkati.