Baru-baru ini, tular sebuah video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok memaparkan bekas pelakon, Zul Yahya didakwa sedang berdepan dengan masalah dan memerlukan bantuan.

Menerusi video tersebut, ia memaparkan screen recording ketika Zul membuat live dimana Zul sedang berjalan kaki dipercayai di Perak dan pemilik video berkenaan meminta jika orang ramai terjumpanya untuk membantunya.

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@zackpulaumutiara8/video/7204270645163592986?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7204445110700197377

“Abang Zul Yahya dalam masalah keluarga. Berjalan dari pukul 4 pagi sampai sekarang, (8.30 pagi). Kalau siapa-siapa jumpa dia tolong bantu dia.

“Sekarang ni masih ada dalam negeri Perak,” kata pemilik video.

Menerusi laporan, cubaan pihak media menghubungi Zul gagal dan kiriman WhatsApp tidak dibalas serta panggilan telefon juga tidak dijawab. Sementara itu, last seen di Whatsapp Zul menunjukkan kali terakhir dia membuka aplikasi tersebut pada jam 12.44 tengah malam tadi.

Susulan tersebut, isteri kepada Zul iaitu Siti Raihan tampil menjelaskan apa yang berlaku dalam satu laporan dimana suaminya dalam keadaan yang baik sekaligus menyangkal dakwaan pemilik video terbabit.

Menurutnya, Zul berjalan-jalan seorang diri hanya untuk menenangkan diri. Tambahnya, hubungan mereka pun baik-baik sahaja dan tiada masalah.