Pada hari semalam tular laporan mengenai lebih 100 cawangan KFC seluruh Malaysia ditutup sementara waktu.

Dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan, QSR Brands menjelaskan penutupan itu dibuat berhubung cabaran ekonomi semasa.

Baca Juga:

Langkah proaktif itu dilaksanakan bagi menguruskan peningkatan kos perniagaan dan memberi tumpuan kepada lokasi yang menjadi tumpuan pelanggan.

Tambah QSR Brands lagi, pekerja-pekerja dari cawangan yang ditutup telah dipindahkan ke cawangan yang masih beroperasi lagi.

Lebih 100 Cawangan KFC Malaysia Ditutup Sementara Waktu, Kelantan Paling Tinggi

“Menyumbang secara positif kepada masyarakat Malaysia, memelihara kecintaan jenama terhadap KFC dan melindungi pekerja jenama itu semuanya menjadi keutamaan kepada organisasi.

“Pekerja dari cawangan yang terjejas telah ditawarkan peluang untuk berpindah ke kedai operasi yang lebih sibuk sebagai sebahagian daripada usaha pengoptimuman semula sumber syarikat,” terang QSR Brands.

Tambah pengendali jenama KFC di Malaysia itu lagi, syarikat yang beroperasi lebih 50 tahun itu kekal fokus pada penyediaan produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.

Pada masa sama rangkaian makanan segera itu menyumbang secara positif kepada ekonomi Malaysia melalui jaminan pekerjaan untuk 18,000 ahli pasukan di Malaysia, di mana kira-kira 85% adalah Muslim.

QSR Brands terus menjadi antara pembayar cukai terbesar di Malaysia dan berbangga kerana dapat memberi kembali kepada masyarakat melalui KFC Add Hope dan Dana Zakat Wakalah.

“Kami amat percaya Rakyat kami akan mengiktiraf akar umbi Malaysia kami, keikhlasan kami dan kerja keras kami dalam menyumbang kepada Ekosistem Malaysia,” petik kenyataan rasmi tersebut.

Terdahulu, portal Nanyang Siang Pau melaporkan terdapat 108 daripada 600 cawangan di seluruh Malaysia telah ditutup, dengan angka tertinggi di Kelantan.

Sumber