Kerajaan Korea Selatan mendesak agar FA Korea dikenakan hukuman selepas hasil siasatan menunjukkan terdapat kes salah laku yang dilakukan oleh presiden badan itu.
Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan mengumumkan hasil audit khas ke atas persatuan itu pada Selasa, menggesa tindakan tatatertib dikenakan terhadap FA Korea dan presidennya iaitu Chung Mong-gyu selepas menemui beberapa kesalahan serius.
Baca Juga:
- ACLE: Juara Liga Korea Kena Bedal Dengan JDT
- Ejen Korea Anggap Liga Malaysia Paling Teruk Di Asia
- ‘Dah Tahu Tagline Dua Singgit’ – Pelajar Sekolah Korea Layan Upin Ipin Buat Netizen Terhibur
“Kami menjalankan audit mulai 29 Julai mengenai pelantikan jurulatih Jurgen Klinsmann dan Hong Myung-bo, pengampunan dan penarikan secara tiba-tiba untuk kakitangan bola sepak yang terlibat rasuah dan projek Pusat Bola Sepak Negara.
“Keputusan audit akhir mengesahkan 27 kes yang menyalahi undang-undang dan amalan yang tidak wajar dimana mana kami telah menuntut tindakan tatatertib diambil untuk mewujudkan langkah penambahbaikan yang munasabah,” kata Choi Hyun-joon, ketua pemeriksa kementerian sukan.
Beliau menyambung, “kami telah menuntut tindakan disiplin yang berat atau sekurang-kurangnya penggantungan bagi Presiden Chung Mong-gyu dan pegawai lain yang berkaitan, dengan menganggap mereka bertanggungjawab atas proses pelantikan jurulatih pasukan kebangsaan yang tidak betul dan pengurusan organisasi yang lemah.
“Mengenai pelantikan Hong Myung-bo, kami memaklumkan KFA untuk merangka rancangan untuk membetulkan kelemahan prosedur, termasuk kemungkinan pelantikan semula jurulatih pasukan kebangsaan dari awal.
KFA telah dikritik kerana tidak mengikut prosedur yang betul dalam memilih Hong sebagai pengurus baharu pasukan bola sepak kebangsaan lelaki pada Julai, selepas memecat Klinsmann pada Februari dan menilai kira-kira 100 calon dalam tempoh lima bulan.
“Apabila melantik Klinsmann, KFA meminta semua kuasa diwakilkan kepada pengerusi jawatankuasa dalam mesyuarat pertama dan hanya memaklumkan keputusan pelantikan dalam mesyuarat kedua, dengan berkesan meneutralkan jawatankuasa itu.
“Lebih-lebih lagi, presiden, yang tidak mempunyai kuasa dalam pengesyoran, menjalankan temu duga dan mengetepikan prosedur pelantikan yang sepatutnya,” kata kementerian itu.