Masih banyak persiapan raya anda yang tergendala? Jangan bimbang meh sini min nak kongsikan satu port best untuk anda shopping raya. Dekat sini macam-macam ada. Min jamin anda sekeluarga mesti suka.
Apa yang penting, ada banyak promo menarik dan anda boleh dapat pelbagai barangan hanya di satu tempat sahaja. Nak cari baju, kasut, produk penjagaan wajah, beg tangan, kosmetik… semua ada!
TikTok Shop Raya Bazaar penyelamat shopping raya saat akhir
Port yang min maksudkan, adalah TikTok Shop Raya Bazaar. Berlangsung dari 5 hingga 8 Mac di IOI City Mall Putrajaya Convention Center, acara ini menggabungkan pengalaman offline browsing dengan kemudahan beli melalui TikTok Shop dan terus bawa pulang tanpa tunggu courier.
Lebih menarik, acara ini dikuasakan oleh TIME Internet bagi memastikan pengalaman digital lebih lancar dan seamless. Maksudnya, shopping laju, tebus baucar pun smooth, tak ada drama line slow waktu orang tengah ramai.
Lebih 80 booth tersedia, banyak pilihan
Kalau anda jenis tak suka pergi banyak-banyak tempat, ini memang lokasi yang patut masuk dalam checklist hujung minggu anda.
Bayangkanlah lebih 80 jenama berkumpul di satu lokasi. Memang meriahlah!
Antara jenama yang turut serta termasuk:-
- Bulan Bintang
- Siti Khadijah
- Milo
- Nongshim
Konsep ‘Buy & Bring Home’ yang diketengahkan pula memang sesuai untuk anda yang nak cepat. Bukan apa, beli online kan ambil masa. Kalau dekat Beli di TikTok Bazaar boleh terus bawak balik dan yang menariknya boleh guna baucar dalam platform TikTok Shop. Jimat sangat!
Ini antara produk top 10 yang ramai orang beli untuk persediaan sebelum balik raya:-
- Bulan Bintang Baju Melayu Teluk Belanga
- HOMEWORTH Royal Series Casserole 4PCS Set
- ZUCCA Saloma Kurung Cahaya Embun Raya Edition
- Maxtag Smart Tag Toll Readers – Champagne Gold
- ELFORMULA Nia-Ceramide Bright Moisture Gel
- HYGR Roll-On Deodorant
- PERFUME PARADISE Clean & Linen Parfum
- TIME PHORIA Spectra Ultra Stay-shine Transfer Proof Lip Vinyl
- Oriental Kopi Hainanese Chicken Rice Paste
- YAN@YAN Ariana Kurung
Bagi anda yang nak berbuka dekat sini, ruang iftar dan kawasan solat turut disediakan untuk pengunjung yang datang. Jadi, anda boleh membeli-belah dengan tenang tanpa rushing.
Jumpa selebriti & rebut diskaun sampai 80%
Bukan sekadar shopping, pengunjung juga boleh jumpa dengan selebriti dan pencipta kandungan popular seperti Dato Sri Siti Nurhaliza, Khai Bahar, Khairul Aming dan Erra Fazira. Turut memeriahkan acara ialah Mierul Aiman, Almiyaz dan Eira Syazira.
Berikut min kongsikan waktu untuk meet and greet bersama mereka:-
- Dato Sri Siti Nurhaliza – 5 Mac (12.00 tengah hari hingga 2.00 petang
- Khai Bahar – 6 Mac (3:00 petang hingga hingga 5:30 petang)
- Khairul Aming – 6 Mac (5:00 petang hingga 7:00 malam)
- Erra Fazira – 6 Mac (8:00 malam hingga 10:00 malam)
- Mierul Aiman – 7 Mac (12:00 tengah hari hingga2:00 petang) petang
- Almiyaz – 7 Mac (12:00 tengah hari hingga 2:00PM petang)
- Eira Syazira – 8 Mac (4:00 petang hingga 6:00 petang)

Dalam masa sama TikTok Shop ada tawaran diskaun sehingga 80%, RM10 Deals, promosi istimewa pada jam 8 malam setiap hari dan pada 1 Mac 2026 hingga 3 Mac 2026, jangan lepaskan peluang untuk sertai 72 Hour Fashion Livestream.
Sepanjang sesi LIVE ini, anda boleh dapatkan tawaran terbaik untuk Baju Raya daripada jenama popular seperti Bulan Bintang, Zoe Arissa, Habib dan Dr Cardin.
Mereka siap offer pilihan instant delivery untuk Lembah Klang, Johor dan Penang bagi anda yang checkout sebelum jam 3 petang.
Apa yang min boleh katakan, ini bukan bazar biasa. Kalau anda mahukan tawaran menarik dengan harga hebat, TikTok Shop Raya Bazaar tak akan mengecewakan anda. Ia destinasi lengkap untuk selesaikan semua persiapan raya sebelum balik kampung.