Semalam, satu hantaran video menjadi tular di akaun Facebook apabila seorang kanak-kanak dibaham buaya dalam kejadian di perairan, Lahad Datu.
Gagal mengawal kesedihan, lelaki berkenaan dilihat menangis dan meratapi insiden menimpa anaknya susulan kejadian itu berlaku di hadapan matanya sendiri.
Baca Juga:
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
- Perlu Ke Ambil ‘Personal Insurance’ Jika Tempat Kerja Sudah Sediakan?
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
Kejadian itu mengakibatkan lelaki terbabit turut mengalami kecederaan di tangan ketika cuba menyelamatkan anaknya dalam serangan tersebut.
Bahkan, bukti gambar yang dimuat naik di akaun Facebook tersebut turut menunjukkan badan bapa mangsa mempunyai kesan gigitan buaya sehingga menampakkan isi kulit.
@elizamahfiz Perjuangan seorg bapa #anakdibahambuaya #lahaddatu #sedih #luluhhati
Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, si bapa mangsa hanya merenung jauh ke tasik dan menangis mengenang nasib anaknya sambil bertinggung di gigi air tasik itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam perakam video itu yang ibarat menyalahkan bapa itu yang lari daripada operasi pihak berkuasa yang mengakibatkan anaknya kehilangan nyawa.
“Siapa suruh kau lari tadi, kan sudah dimakan buaya,” ayat yang kedengaran keluar dari mulut perakam itu.
Sementara itu, orang ramai menitipkan doa semoga si bapa kuat menghadapi ujian yang menimpanya.