Bintang Barcelona, Ronald Araujo baru baru ini disahkan berdepan dengan isu kesihatan mental yang agak serius daripada yang digambarkan.

Laporan tersebut malah membayangkan bahawa Araujo

Tekanan mental itu mempengaruhi prestasinya di atas padang. Kerana dia seringkali membuat keputusan yang tidak wajar di atas padang.

Araujo juga berdepan masalah terlalu bimbang melakukan kesilapan. Dan akhirnya membuatkan dia lebih terdedah kepada kesilapan.

Selepas melakukan kesilapan menentang Chelsea, pemain itu meminta pelepasan khas daripada kelab untuk dia berehat menenangkan fikiran.

Kelab memberikan rehat kepada Araujo. Dan semalam, laporan dari Sepanyol menyebut bahawa pemain itu meminta untuk diberikan kebenaran melawat Tel Aviv untuk tujuan spiritual dan keagamaan.

Araujo yakin Tel Aviv adalah tempat terbaik untuk dia memulihkan semula kesihatan mentalnya. Barcelona juga setuju dengan idea tersebut, dan yakin bahawa pemain itu akan kembali segar semula sekembalinya dari Tel Aviv.

Begitu juga dengan Hansi Flick yang percaya bahawa pemain itu akan segera pulih daripada isu kesihatan mentalnya dan kembali fokus di atas padang.

Ianya dianggap reset secara spiritual untuk mendapatkan semula kekuatan mental dan keyakinan dirinya.