Barcelona kini melantik tukang masak peribadi yang baharu untuk pasukan mereka.

Ianya selepas bintang utama mereka Robert Lewandowski mengadu bahawa chef sebuah hotel mereka menginap ketika perlawanan tempat lawan, dianggap tak pandai masak telur.

Di mana pemain itu kecewa dengan telur yang dimasak tak sedap.

Lewandowski sudah mengadu  perkara itu kepada Hansi Flick. Dan Flick memanjangkan rungutan pemain itu kepada penggurusan tertinggi.

Demi untuk menjaga kualiti pemakanan para pemain, Barcelona telah memutuskan bahawa selepas ini pasukan akan ditemani oleh chef peribadi pasukan mereka.

Ini untuk memastikan selera pemain terjaga dan mereka makan dengan baik.

Barcelona ketika ini berdepan dengan banyak sekali masalah. Dan mereka berusaha menyelesaikannya.

Antaranya, isu pendaftaran Dani Olmo yang tidak diluluskan La Liga untuk separuh kedua musim.

Membuatkan pemain itu kini berstatus ejen bebas. Jika Dani Olmo memutuskan untuk menyertai pasukan lain dengan kontrak baharu jangka panjang selepas ini, Barcelona masih tertakluk kepada obligasi untuk membayar gaji pemain itu sehingga 2030 dan wang baki ansuran €48 juta dibayar kepada RB Leipzig,

Dani Olmo menjadi ejen bebas kerana klausa khas diletakkan Barcelona pada kontraknya. Jika Barca tidak dapat mendaftarkan namanya dalam kempen, pemain itu akan menjadi ejen bebas.

Barca sebelum ini yakin akan dapat mendaftarkan Dani Olmo dengan berusaha menjual aset mereka VIP Box kepada firma dari Timur Tengah.

Namun mereka gagal untuk melakukan transaksi itu sebelum 31 Disember 2024.