Mahkamah Catalan mengesahkan bahawa kelab Barcelona telah terlibat dalam pemalsuan dokumen.
Kes pemalsuan dokumen itu melibatkan laporan kewangan pada 2019, di mana ketika itu Barcelona membeli Antoine Griezmann.
Berlaku perbalahan antara Barcelona dan Atletico pada ketika itu. Ini selepas Atletico meminta bayaran tambahan €80 juta lagi selepas setuju dengan harga €120 juta klausa pelepasan pemain itu.
Ini kerana Atletico Madrid merasakan klausa pelepasan itu tidak laku lagi memandangkan Griezmann dan Barcelona didakwa sudah berbincang di belakang mereka sebelum jendela perpindahan dibuka.
Barcelona enggan membayarnya. Dan kemudian Atletico tiba tiba berdiam diri, tidak lagi mengungkit perpindahan itu.
Kini satu pendedahan dibuat oleh mahkamah Catalan menyatakan bahawa presiden kelab ketika itu, Josep Maria Bartomeu telah memalsukan satu dokumen laporan pembayaran €15 juta..
Bayaran itu didakwa untuk menutup mulut Atletico Madrid agar tidak memberikan sebarang komen atau mengungkit lagi tentang perkara itu.
Namun butiran itu tidak dinyatakan dengan jelas. Sebaliknya diletakkan sebagai bayaran pembangunan untuk pemantauan bakat muda.
Ia adalah salah laku jelas, cuba memalsukan butiran dokumen.
‼️BREAKING: A Barcelona court sees evidence of embezzlement and false accounting in the 2019 signing of Antoine Griezmann.
The judge alleges Barça paid €15 million to Atlético to stop a complaint for negotiating while the player was under contract, disguising the payment as a… pic.twitter.com/Y9shFkNhUd
— Barça Universal (@BarcaUniversal) October 16, 2025
Terlalu banyak kerosakan dilakukan Bartomeu sebelum ini membuatkan Barcelona menderita secara ekonomi.
Kes Griezmann dan beberapa kes salah laku era Bartomeu masih lagi disiasat di Sepanyol. Ini termasuk kes melibatkan dakwaan bahawa Barcelona memberikan sejumlah wang kepada Negreira.