Barcelona dilaporkan bakal menarik diri daripada rundingan mendapatkan Marcus Rashford secara tetap.
Barcelona dilaporkan mula mengubah pendekatan mereka dalam pasaran perpindahan apabila kini lebih cenderung untuk mendapatkan penyerang Atletico Madrid, Alexander Sorloth, berbanding meneruskan usaha membawa masuk Marcus Rashford dari Manchester United.
Barcelona perlu membayar EUR35 juta untuk mendapatkan Rashford secara tetap. Walaupun sebelum ini ada perkembangan positif, kemungkinan Rashford akan terus kekal di Barca secara tetap.
Namun situasi tersebut kini semakin suram. Faktor kewangan dilihat menjadi penghalang utama, dengan kos perpindahan yang tinggi serta tuntutan gaji pemain England itu yang sukar dipenuhi Barcelona dalam keadaan ekonomi kelab yang masih terkawal.
Dalam masa sama, pihak pengurusan Barca mula melihat Sorloth sebagai alternatif yang lebih realistik dan atas kepentingan taktikal.
Walaupun setakat ini ia masih di peringkat tinjauan awal tanpa sebarang tawaran rasmi, minat terhadap penyerang Norway itu semakin serius.
Sorloth dianggap menepati profil yang diperlukan Barcelona ketika ini. Dengan fizikal yang kuat dan kemampuan bermain sebagai target man, beliau mampu menjadi titik fokus di bahagian serangan.
Gaya permainannya juga dilihat lebih mudah untuk disesuaikan dalam sistem yang bakal diterapkan oleh jurulatih baharu, Hansi Flick.
Ini kerana Hansi Flick sudah lama bergantung kepada sistem target man, dengan adanya Robert Lewandowski.
Sorloth boleh menjadi pengganti jangka panjang untuk pemain Poland itu.
Seterusnya, prestasi Sorloth musim ini turut menguatkan lagi minat tersebut. Sorloth berjaya menjaringkan gol-gol penting di La Liga dan juga pentas Eropah, sekali gus membuktikan keupayaannya untuk bersaing di tahap tertinggi.
Sorloth adalah nombor 9 yang stagnan yang semakin penting dalam sistem Barcelona. Berbanding Rashford yang lebih versatil dan cenderung bermain di posisi sayap.