Tular video Hansi Flick dan pegawai pasukan Barcelona mengadu kepada pegawai pertandingan UEFA tentang kualiti padang di Wanda Metropolitano – menjelang suku akhir kedua antara Atletico Madrid vs Barcelona dalam saingan Liga Juara Juara Eropah (UCL).

Hansi Flick jelas tidak gembira dengan permukaan padang yang terlalu basah dan berair. Ianya dipercayai taktik kotor (dark art) digunakan Atletico yang menghalang aliran bola Barcelona yang mahu bermain free flowing football.

Pengurusan stadium malah menyembur air menerusi water sprinker ketika pemain pemain Barcelona sedang berlatih di dalam stadium tersebut.

Ianya mengundang amarah daripada Hansi Flick yang merasakan bahawa UEFA harus campur tangan dan mengambil tindakan ke atas Atletico.

Barcelona dalam misi mustahak untuk bangkit daripada ketinggalan defisit 2 gol daripada perlawanan pertama.

Namun Diego Simeone sudah sedia untuk menghalang kebangkitan tersebut. Sebelum ini Simeone merehatkan kesemua pemain kesebelasan utamanya yang beraksi pada aksi pertama menentang Barcelona, ketika beraksi dalam saingan La Liga.

Keutamaan Atletico sekarang adalah UCL berbanding dengan La Liga yang sudah jauh daripada jangkauan.

Sebagai rekod, Atletico Madrid tidak pernah memenangi UCL dalam sejarah kelab itu.