Teka-teki siapakah barisan kabinet ‘Kerajaan Perpaduan’ yang bakal bersama-sama dalam kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah terjawab dalam satu pengumuman siaran langsung sebentar tadi.
Senarai ahli kabinet ‘Kerajaan Perpaduan’ yang baru sahaja diumumkan adalah seperti berikut –
Baca Juga:
- Ditempah Sebelum Jadi PM, Anwar Ibrahim Tolak Guna Mercedes S600 Sebagai Kenderaan Rasmi
- Tiada Kereta Baharu Dan ‘Renovation’ Pejabat, Anwar Ibrahim Mahu Elak Bazir Duit Rakyat
- Bukan ‘Custom Made’, Anwar Ibrahim Guna Pen Berharga RM3 Ketika Tanda Tangan Watikah Jadi Tumpuan Netizen
- Perdana Menteri dan Menteri Kewangan – Dato’ Seri Anwar Ibrahim
- Timbalan Perdana Menteri I dan Menteri Desa Dan Wilayah – Datuk Seri Zahid Hamidi
- Timbalan Perdana Menteri II dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi – Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof
- Menteri Pengangkutan – Anthony Loke
- Menteri Pertahanan – Datuk Seri Mohamad Hasan
- Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan – Nga Kor Ming
- Menteri Pendidikan – Fadhlina Siddiq
- Menteri Ekonomi – Rafizi Ramli
- Menteri Komunikasi dan Digital – Fahmi Fadzil
- Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan – Mohamad Sabu
- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
- Menteri Dalam Negeri – Saifuddin Nasution
- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup – Salahuddin Ayub
- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Dato’ Sri Nancy Shukri
- Menteri Belia Dan Sukan – Hannah Yeoh
- Menteri Kesihatan – Dr Zaliha Mustafa
- Menteri Agama – Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar
- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Urusan Sabah & Sarawak – Armizan Mohd Ali
- Menteri Sumber Manusia – Sivakumar A/L Varatharaju Naidu
- Menteri Pendidikan Tinggi – Mohamed Khaled Nordin
- Menteri Sains Dan Teknologi – Chang Lih Kang
- Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi – Iwan Benedict
- Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim – Nik Nazmi Nik Ahmad
- Menteri Undang-Undang Dan Reformasi Institusi – Dato’ Sri Azalina Othman Said
- Menteri Luar Negeri – Dr. Zambry Abdul Kadir
- Menteri Kerja Raya – Dato Sri Alexander Nanta Linggi
- Menteri Pelancongan – Dato Sri Tiong King Sing
- Menteri Perpaduan Negara – Agoh anak Agang
Turut membantu dalam pengurusan kementerian kewangan akan dibantu oleh beberapa penasihat yang tidak diambil upah yang diketuai oleh penasihat Petronas iaitu Tan Sri Hassan Marican.
Setelah semua ahli kabinet mengangkat sumpah pada hari esok, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan bersama menteri-menteri untuk berbincang mengenai hala tuju serta kaedah baharu yang akan dilaksanakan bagi membangunkan negera.
Terdahulu, Dato’ Seri Anwar telah beberapa kali berbincang dengan Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan supaya barisan Jemaah Menteri dapat diatur segera. Beliau turut memberi jaminan bahawa tidak akan melantik anggota melebihi keperluan atau sebagai imbuhan.
“Yang layak ini ratusan orang, yang dapat dipilih itu terbatas kerana seperti saya sebut sebelum ini, kita tidak mahu terlalu ramai menteri kerana mahu menjimatkan wang negara,” terang beliau.