Acara Professional Pickleball Association (PPA) Tour Asia secara rasmi mengesahkan kehadiran ‘second wave‘ pemain bertaraf dunia bagi kejohanan Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026, yang dijadualkan berlangsung di The Hood dari 9 hingga 13 September 2026.
Kejohanan ini bakal menampilkan juara Major League Pickleball (MLP) 2026, Noe Khlif, yang tampil buat kali pertama di Asia sejurus selepas memenangi gelaran MLP bulan lalu bersama pasukannya, New Jersey 5’s.
Kehadiran beliau serta barisan bintang antarabangsa lain bakal menyajikan saingan sengit antara jaguh terkemuka dunia dan wira tempatan Malaysia.
Barisan Bintang Utama Kejohanan
Noe Khlif (Perancis) | Ranking Ke-10 Dunia (Lelaki): Pemain berusia 28 tahun ini membawa reputasi tinggi ke penampilan sulungnya di Asia selepas mengukir kejayaan sebagai juara MLP 2026 bersama pasukan New Jersey 5’s.
Kaitlyn Christian (AS) | Ranking Ke-3 Dunia (Perseorangan Wanita): Bekas juara dan pemenang pingat PPA Asia berusia 34 tahun ini membawa pengalaman luas serta rekod cemerlang ke dalam saingan di Kuala Lumpur.
Brooke Buckner (AS) | Ranking Ke-4 Dunia (Perseorangan Wanita): Hadir dengan prestasi terbaik selepas menyandang gelaran naib juara di MB Hanoi Cup 2026, yang juga penampilan sulungnya dalam PPA Tour Asia.
Augustus “Augie” Ge (AS) | Ranking Ke-25 Dunia (Lelaki): Pemain kidal berusia 29 tahun yang memegang gelaran juara MLP 2025 dan pemenang kejohanan PPA ini sedia membuat kejutan pada penampilan sulungnya di Asia.
Len Yang (AS) | Ranking Ke-21 Dunia (Lelaki): Bintang muda berusia 22 tahun ini kembali ke Malaysia selepas merawat kejayaan meraih gelaran Juara Beregu Lelaki di Malaysia 500 Open untuk memburu kejuaraan di PPA Asia 1000 Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026.
Rika Fujiwara (Jepun) | Ranking Ke-17 Dunia (Perseorangan Wanita): Bekas pemain tenis profesional WTA berusia 44 tahun yang pernah melangkah ke separuh akhir beregu Terbuka Perancis ini kini menguasai arena pickleball menerusi beberapa kejuaraan perseorangan wanita PPA Asia.
Nasa Hatakeyama (Jepun): Pemain kidal berusia 29 tahun ini berada pada prestasi terbaiknya bagi musim 2026 selepas berjaya melangkah ke perlawanan akhir Perseorangan Lelaki di Panas Kuala Lumpur Open Mei lalu menerusi pusingan kelayakan.
Athilla Miasara Azizul Azhar (Malaysia): Sebagai wakil tempatan berperingkat tertinggi di pentas dunia, Penerima Anugerah UPA Asia Trailblazer 2025 dan duta FILA Asia Tenggara ini menjadi sandaran utama negara untuk memburu kejuaraan di laman sendiri.
Para peminat boleh menyaksikan perlawanan secara langsung di The Hood atau menerusi siaran langsung di platform Tonton.
Anda boleh dapatkan tiket — di sini.