Seharum namanya, penyanyi dan pelakon cantik Bunga Citra Lestari menafikan khabar angin mengenai kehamilannya gara-gara gambar perutnya yang kembung atau buncit baru-baru ini menjadi viral.

“Saya lebih sedih dan sakit hati kerana di body shaming. Hey, saya makan okay,” katanya dengan nada bergurau ketika ditanya pada sidang media petang semalam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Baca Juga:

Penyanyi yang lebih dikenali sebagai BCL itu kecewa dengan kenyataan mengenai perutnya lalu berdiri di hadapan kumpulan media tempatan menunjukkan perutnya kerana kecintaannya dengan makanan serta peningkatan usianya.

“Tidak semua orang memahami perut kembung semasa wanita sedang haid atau makan, itulah sebabnya perut saya kelihatan seperti itu, serta ‘angle’ foto itu menampakkan perut bloated,” kata penyanyi yang berumur 39 tahun itu.

Pelantun lagu Wanita Terbahagia turut memaklumkan tentang konsert sulungnya dinamakan ‘Konsert Blossom’ yang akan berlangsung pada 27 Januari 2023 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Konsert Blossom – Bunga Citra Lestari melambangkan apresiasi buat seluruh peminat yang sudah banyak memberi sokongan kepada saya.

“Blossom juga memberi maksud supaya saya bangkit terus dalam berkarya dan tegar menjadi anak seni,” tambah ibu kepada seorang anak lelaki ini lagi.

Semalam, Bunga memuat naik video di Instagram miliknya dengan menziarahi kubur suaminya seorang pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair bagi memperingati ulang tahun perkahwinannya yang ke-14.

Sementara itu, pihak penganjur melahirkan kesyukuran kerana perancangan membawa BCL melakukan konsert di Malaysia akhirnya dapat dilaksanakan pada Januari tahun depan.

“Kita semua sedia maklum selepas pemergian Allahyarham Ashraf, BCL berehat sebagai fasa untuk menguruskan kehidupan peribadinya.

Akhirnya, penganjur konsert, Icon Entertainment dapat momen yang tepat untuk melamar sekaligus mendapatkan persetujuan Bunga untuk melakukan konsert ini.