Rakyat Malaysia adalah pelancong asing yang terbesar melawat China berikutan polisi bebas visa 15 hari yang berkuat kuasa mulai 1 Disember, menurut rekod perjalanan daripada Pentadbiran Imigresen Kebangsaan (NIA) China.

NIA merekodkan sejumlah 1,113 ketibaan rakyat Malaysia di China sahaja pada Jumaat lepas.

Baca Juga:

Selain Malaysia, polisi bebas visa 15 hari itu turut diperluaskan ke lima negara Eropah: Perancis, Jerman, Itali, Belanda dan Sepanyol.

“Antaranya, warganegara Malaysia mencatatkan jumlah tertinggi pada hari itu, dengan 1,113 kemasukan, warga Perancis mencatatkan 227 kemasukan tanpa visa, menunjukkan peningkatan tertinggi berbanding hari sebelumnya dalam kalangan enam negara, dengan kadar pertumbuhan 52.31 peratus.

“Tambahan pula, jumlah keseluruhan individu yang memasuki China dari enam negara ini meningkat sebanyak 12.54 peratus berbanding hari sebelumnya,” lapor NIA.

Menurut NIA, sejumlah 2,029 individu dari enam negara yang disebutkan di atas memasuki China pada hari pertama berikutan perubahan polisi yang dibuat sebelum ini.

Polisi perjalanan bebas visa 30 hari Malaysia untuk warga China dan India akan berkuat kuasa dari 1 Disember 2023 hingga 30 Disember 2024.

Sumber