Bekas pemain pertahanan Man United, Tyler Blackett dilaporkan bakal beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Kelab yang dikaitkan dengan pemain itu ialah DPMM FC dimana mereka mahu memberikan tempoh percubaan kepada Tyler yang kini bergelar ejen bebas.

Baca Juga:

Kini berusia 31 tahun, Blackett bergelar ejen bebas selama lebih setahun selepas dibebaskan dari Rotherham United pada penghujung musim 2023/24.

Bekas Pemain Man United Tidak Beraksi Lebih Setahun

Man United
Manchester United’s English defender Tyler Blackett (Photo by OLI SCARFF / AFP)

“Ia tidak mudah dalam apa cara sekalipun, ia sesuatu yang saya tidak pernah hadapi dalam karier saya sebelum ini,” katanya.

“Beberapa hari lebih baik daripada hari lain. Tetapi saya mengharunginya – kekal cergas dan berlatih.

“Hanya sentiasa berada di atas segala-galanya dan melakukan apa yang saya boleh lakukan untuk bersedia apabila peluang yang sesuai datang. Ia mengenai menunggu masa yang sesuai sekarang.”

Man United

Perjalanan Blackett bersama Man United bermula pada usia lapan tahun bersama akademi kelab itu.

Pada 2014, dengan Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic meninggalkan pasukan, Tyler diberi peluang beraksi bersama skuad utama.

Man United
Tyler Blackett of Nottingham Forest during the Sky Bet Championship match between Nottingham Forest and Bristol City at the City Ground, Nottingham on Saturday 3rd October 2020. (Photo by Jon Hobley/MI News/NurPhoto) (Photo by MI News / NurPhoto / NurPhoto via AFP)

Bos United ketika itu Louis van Gaal, kagum dengan persembahan Blackett dalam pramusim, mengangkatnya ke pasukan utama.

Blackett tampil 12 kali dalam musim sulung Van Gaal. Perjanjian baharu diikuti pada 2015, dengan Van Gaal mengukuhkan keyakinannya terhadap pemain pertahanan muda itu.