Lagenda Manchester United, Peter Schmeichel menganggap Arsenal telah merosakkan bola sepak.

Peter berkata demikian ketika The Gunners turun menentang Liverpool di Anfield yang mana keputusan 1-0 berpihak kepada tuan rumah.

Baca Juga:

Gol kemenangan Liverpool terhasil menerusi sepakan percuma Dominik Szoboszlai pada minit ke-83 dari jarak 30 meter.

Arsenal
Dominik Szoboszlai

Schmeichel Anggap Arsenal Rosakkan Bola Sepak

Schmeichel kemudiannya mengkritik corak permainan skuad bimbingan Mikel Arteta dengan mengatakan mereka telah memberi imej buruk kepada bola sepak.

“Arteta telah membawa imej buruk kepada bola sepak. Biarkan pemain ada bermain bola, bebaskan mereka!

Arsenal
Kredit Foto: Glyn KIRK / AFP

“Saya yakin kalau Arteta membiarkan anak-anak buahnya bermain dengan betul, mereka akan memenangi banyak perlawanan”, katanya.

Arsenal
Mikel Arteta

Semasa rehat separuh masa, Schmeichel telah mengulas: “Anda memerlukan dua pasukan untuk memberikan permainan bola sepak yang bagus dan hanya ada satu pasukan yang cuba bermain bola sepak, dan itu ialah Liverpool.

“Saya tidak mahu menghina Arsenal tetapi jenama bola sepak mereka sangat menjengkelkan untuk ditonton.

“Ia direka untuk mengeksploitasi pihak lawan sambil menonton set piece.”