Usia 72 tahun bukan penghalang buat legenda Harimau Malaya, Datuk Abdah Alif, membuka lembaran baharu dalam kehidupan.

Bekas pemain kebangsaan itu selamat bernikah pada 27 Ogos lalu bersama wanita pilihannya yang difahamkan berusia 20 tahun menurut laporan BH Online.

Berita tersebut mula menjadi perhatian selepas beberapa gambar Abdah bersama pasangan tersebar di media sosial.

Adiknya, Datuk Yunus Alif, mengesahkan berita berkenaan dan memaklumkan perkahwinan itu mendapat persetujuan serta restu daripada kedua-dua keluarga.

@bharianmy

Teka-teki mengenai status legenda bola sepak negara, Datuk Abdah Alif akhirnya terjawab apabila adiknya, Datuk Yunus Alif mengesahkan abangnya itu baru sahaja melangsungkan perkahwinan. beritaditiktok

♬ original sound – Berita Harian – Berita Harian

“Alhamdulillah, mereka baru sahaja bernikah pada 27 Ogos lalu. Kedua-dua keluarga sudah bersetuju dan merestui perkahwinan ini. Kita doakan semoga mereka berdua bahagia,” katanya.

Yunus turut memaklumkan Abdah kini sedang meluangkan masa bersama isterinya selepas majlis pernikahan sehingga tidak sempat menjawab panggilan.

“Mungkin sekarang mereka sedang berbulan madu, sebab itu dia tidak menjawab panggilan. Apa yang pasti, mereka memang sudah bernikah dan kita doakan yang terbaik buat kedua-duanya,” katanya.

Bagi peminat bola sepak tempatan, Abdah bukan sekadar nama asing dalam sejarah Harimau Malaya.

@utusanmelayuplusofficial

Abdah merupakan antara nama besar dalam sejarah bola sepak negara, khususnya ketika era kegemilangan Harimau Malaya pada penghujung 1970-an dan awal 1980-an. Beliau antara pemain yang membantu Malaysia melayakkan diri secara merit ke Sukan Olimpik Moscow 1980 selepas skuad negara menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam aksi penentuan. #fypシ #fyp #gadis20tahun

♬ original sound – YOYOKIDS – yoyoklds

Beliau adalah sebahagian daripada generasi emas negara yang pernah menewaskan Korea Selatan 2-1 untuk mengesahkan kelayakan ke Sukan Olimpik Moscow 1980.

Abdah ketika itu beraksi bersama barisan legenda seperti Soh Chin Aun, Santokh Singh dan Jamal Nasir Ismail.

Malaysia bagaimanapun tidak beraksi di Moscow selepas keputusan memboikot temasya tersebut sebagai bantahan terhadap pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Kini, selepas puluhan tahun meninggalkan padang bola sepak, Abdah kembali mencuri perhatian.

Kali ini bukan kerana gol atau kejayaan bersama Harimau Malaya, tetapi kerana kisah baharu dalam kehidupan peribadinya.

“Semoga mereka terus bahagia dan kekal bersama hingga ke Jannah,” kata Yunus.