Seorang individu bernama Khairul Azmir, yang merupakan bekas pekerja Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk K, telah menceritakan kebaikan insan tersebut yang tak pernah diketahui orang lain.
Lelaki tersebut mendedahkan bahawa Datuk K dan Datuk Siti Nurhaliza pernah memberikannya wang RM90,000 dan tidak menuntut sebarang bayaran.

Lelaki tersebut ditipu oleh kontraktor. Dan dia perlu menyiapkan ubah suai rumah yang tergendala 2 tahun lalu.
Tokti dan suaminya simpati dengan bekas pekerja mereka itu dan membantunya dengan menghulurkan sejumlah wang yang sangat banyak untuk menyiapkan kesemua kerja kerja ubah suai tersebut.
Dipetik dari laman MStar, lelaki tersebut berkata: “Saya pernah kena tipu dengan kontraktor ketika kerja ubah suai sudah separuh jalan Hampir setahun terbengkalai.
“Datuk K benar benar marah dengan tindakan tak bertanggungjawab kontraktor itu dan mengeluarkan wang RM90,000 untuk saya sambung dan teruskan kerja ubah suai itu.
Paling mengharukan adalah kebaikan hati Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya. Sehingga dia mengibaratkan Siti Nurhaliza sebagai ‘bidadari’ yang datang membantunya ketika dia benar benar memerlukan pertolongan.
Alud & Ayie antara insan yang membentuk kerjaya Siti Nurhaliza seperti yang kita lihat.
Alud masih bekerja sebagai Pengurus Kerjaya Siti, mencari penaja dan merangka.#SITIHISTORY
đ https://t.co/ps2sklpllo pic.twitter.com/Cx4cEjyqPC
— ęł ě´ í° ě˛ (@BAD_ARSILA) January 5, 2022
Ditambah dengan keadaannya sedang strok ketika itu. Datuk K tidak mahu lelaki itu membayar balik RM90,000 itu. Sebaliknya hanya meminta lelaki itu mendoakan yang baik baik untuk keluarganya.
Dia menambah: “Sewaktu itu saya sedang strok teruk dan Datuk K menyatakan doa orang yang sakit ini makbul. Jadi dia hanya minta saya doakan yang baik-baik untuk keluarganya.”
“Saya tak tahu nak cakap apa, saya rasa terharu. Baik betul majikan saya ini. RM90,000 tu banyak, bukan sedikit,” kata bekas pekerja itu lagi.
Oleh kerana keadaannya yang tidak mampu lagi bekerja, Khairul benar benar bersyukur kerana Siti dan Datuk K selama ini tak pernah lepas daripada tanggungjawab mereka sebagai majikan.
Bekas pekerja saksi hidup kebaikan Siti Nurhaliza dan Datuk K, bayar RM90,000 siapkan rumah selepas ditipu kontraktor#mstar240607https://t.co/CfbW6grFr3
— mStar Online đľđ¸ (@mstaronline) June 7, 2024
Khairul yang menderita strok serta sakit buah pinggang kronik serta diabetes sejak 2 tahun lalu menerima faedah pencen ilat sebanta RM3,027 sebulan daripada Perkeso. Ianya kerana Siti dan suaminya sentiasa mencarum dalam Perkeso untuk pekerja mereka.
Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K memang dikenali dengan sikap dermawan mereka. Sudah banyak sekali kerja amal yang mereka lakukan atau terlibat bersama.
Netizen juga menganggap Siti Nurhaliza dan Datuk K sebagai majikan idaman semua pekerja.