Pemain yang pernah beraksi bersama salah satu kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Arsenal menafikan beliau mempunyai kaitan dengan Malaysia.
Pemain yang dimaksudkan ialah Isaac Hayden dimana menerusi laman media sosial miliknya, pemain itu meminta agar peminat tidak melibatkan pemain itu dalam isu mengenai skuad Harimau Malaya.
Baca Juga:
- Sergio Aguero Bidas Kelab Panggil Balik Pemain Dari Skuad Kebangsaan
- Terkesima Dengan Ucapan Sergio Aguero, Peminat Singapura Risau
- Sergio Aguero Sentiasa Sedia Untuk Harimau Malaya

“Malaysia adalah salah satu negara terbaik di dunia, tetapi saya tiada kaitan dengan mereka sekaligus tidak boleh beraksi bersama pasukan itu.
“Jangan libatkan saya dalam perkara ini. Terima kasih banyak,” katanya.
Entah dari mana maklumat yang diperoleh oleh salah satu akaun di media sosial, pemain yang pernah beraksi bersama akademi Arsenal itu dilaporkan mempunyai kaitan dengan Malaysia sekaligus berpeluang untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya.
Akan tetapi, dengan maklum balas terkini yang diberikan oleh Hayden, harapan untuk melihat pemain itu menyarung jersi Malaysia tidak menjadi kenyataan.
Revolusi bola sepak Malaysia sudah bermula dimana dua jurulatih dilantik bagi mengendalikan skuad senior dan B-23 Tahun.
Peter Cklamovski dan Nafuzi Zain diberi tanggungjawab untuk mengendalikan pasukan negara dimana kedua-dua jurulatih bakal memulakan tugas pada tahun hadapan.
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan pasukan perubatan berpengalaman baharu akan dilantik bagi membantu penstrukturan semula FAM untuk memastikan perjalanan operasi organisasi berjalan dengan lebih cekap serta profesional.
Pasukan perubatan akan mula menggunakan teknologi-teknologi terkini untuk membantu memastikan pemain-pemain Harimau Malaya sentiasa mendapat perkhidmatan dan rawatan perubatan yang terbaik.