Bekas pemain import pasukan Liga Super antara 22 warga asing dicekup Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dalam serbuan OP Kutip di Puchong, Selangor kelamrin.
Menurut laporan Berita Harian, pemain tersebut merupakan lelaki warga Liberia berusia 34 tahun yang pernah mewarnai saingan Liga Malaysia suatu ketika dahulu.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Kad Kredit Bahaya? Mari Ambil Tahu Tentang Kelebihan Dan Keburukannya
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Difahamkan pemain ini pernah menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Liverpool ketika mewakili pasukan pilihan Liga Malaysia pada tahun 2015.
Beliau juga pernah dipanggil menyarung jersi skuad kebangsaan Liberia dalam perlawanan di peringkat antarabangsa.
Sepanjang beraksi dalam saingan Liga Malaysia, pemain yang beraksi di posisi serangan ini telah menjaringkan 80 gol ketika menyertai 5 kelab berbeza.
BERITA 757 | BEKAS PEMAIN IMPORT LIGA M DITAHAN IMIGRESEN
SEORANG bekas pemain import Liga Malaysia (Liga M) antara 22 warga asing dicekup Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dalam serbuan OP Kutip di Puchong, Selangor pada Jumaat.#Berita757 #RakyatKeutamaanKami pic.twitter.com/ppj6JJ7vaa
— Berita 757 (@berita757) May 4, 2024
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen, Jafri Embok Taha, berkata operasi dijalankan susulan aduan awam dan risikan yang dijalankan selama sebulan.
Pihak Imigresen menyerbu belakang sebuah premis cuci kenderaan yang dipercayai menjadi lokasi warga asing itu berkumpul, bersosial dan berhibur sambil menghisap shisha serta mengambil minuman keras secara terbuka.
“Mereka yang ditahan masing-masing tujuh warga Sierra Leone dan Nigeria, masing-masing tiga warga Ghana dan Amerika Syarikat, serta dua warga Liberia.
“Ketika serbuan, ada anggota kita mengalami kecederaan, begitu juga ada warga asing yang cedera ketika melarikan diri dengan terjun ke dalam longkang.
“Kita sedia maklum, warga Afrika ini memang agresif dan mereka tidak memberikan kerjasama kepada anggota semasa pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam sidang media.
Hasil pemeriksaan mendapati mereka masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan pas pelajar. Beliau berkata, semua yang ditahan dibawa ke Pejabat Jabatan Imigresen Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
“Jabatan Imigresen turut mengenal pasti lokasi berkenaan sebagai antara kawasan penempatan warga asing sehingga menimbulkan keresahan serta mengganggu ketenteraman penduduk,” katanya.