Bekas pemain bola sepak di Itali, Federico Mangiamili membuat pendedahan mengejutkan sebaik sahaja Itali sekali lagi gagal melayakkan diri ke saingan Piala Dunia.

Skuad Azzurri hampa selepas tewas 1-4 kepada Bosnia-Herzegovina dalam aksi final Kelayakan Play-Off awal pagi semalam menerusi penentuan sepakan penalti.

Menurut kenyataan sumber laporan Goal yang memetik laman Instagram peribadi Mangiamili, bekas pemain remaja AC Milan itu tanpa berselindung menceritakan tentang masalah kronik kian berleluasa sekali gus merosakkan bola sepak negara tersebut dari dalam.

Piala Dunia
Kredit Foto: Elvis BARUKCIC / AFP

Masalah Besar Bola Sepak Itali

“Di satu sudut saya berasa kecewa [gagal ke Piala Dunia 2026], dan di satu keadaan lagi saya gembira. Hanya mereka yang pernah berada dalam persekitaran ini sahaja tahu betapa kotornya perkara yang berlaku di sebalik tabir.”

“Ejen-ejen sedang menolak pemain mereka dari liga bawahan ke Serie C melalui rasuah sehingga €50,000.”

“Pasukan divisyen utama dan juga pasukan remaja kini dipenuhi pemain asing dengan gaji yang melampau, serta jurulatih yang langsung tidak mampu menentukan kesebelasan utama.”

“Saya pernah melihat rakan sepasukan dilayan dengan sangat teruk oleh pegawai kelab, dan semua ini adalah sebahagian daripada sistem bola sepak Itali yang toksik.”

“Situasi ini sudah menjadi berbeza berbanding sukan lain, di mana ada pihak yang memutarbelit fakta dan hanya bergantung kepada kronisme serta wang semata-mata.”

“Nasib baik saya telah meninggalkan persekitaran itu, tetapi apa yang saya lihat akan sentiasa kekal sebagai gambaran sebenar rasuah dalam bola sepak Itali.”

Sumber