Bekas Presiden Barcelona, Joan Gaspart tanpa berselindung mengeluarkan pendapat bahawa Marcus Rashford adalah pemain yang lebih baik berbanding pemain Athletic Bilbao, Nico Williams.

Ia sebagai respon terhadap kritikan terhadap kelab itu yang dilontarkan abang kepada pemain tersebut iaitu Inaki Williams.

Baca Juga:

Inaki sebelum ini menuduh Barcelona berbohong sepanjang saga perpindahan tersebut sambil mendedahkan bagaimana keseluruhan insiden itu memberi tekanan hebat kepada pemain antarabangsa Sepanyol itu.

Barcelona
Kredit Foto: FC Barcelona

Antaranya termasuk insiden cermin keretanya dipecahkan dan mural dirinya dirosakkan oleh penyokong Athletic Bilbao yang kecewa.

Barcelona sebelum ini cukup berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap berusia 23 tahun itu, namun akhirnya beliau memilih untuk menolak tawaran The Blaugrana untuk terus bersama Bilbao.

Keputusan yang sekali gus membuka ruang untuk Rashford menyertai kelab Catalan itu secara pinjaman selama semusim dari Manchester United.

Barcelona Dan Athletic Bilbao Tiada Masalah

“Pertama sekali, bagi saya, Marcus Rashford lebih baik daripada Nico,” ujar Gaspart menurut sumber laporan Goal.

“Mulai saat ini, saya tak peduli apa yang Inaki nak kata. Pemain itu (Nico) dah gunakan kita dengan cara yang baik.”

Nico Williams
Photo (AFP)

“Dia pun dapat kontrak yang bagus dan saya gembira untuk dia. Saya tak faham kenapa pihak Athletic nak marah.”

“Saya dah tandatangan ramai pemain dari Bilbao sebelum ini dan hubungan saya dengan presiden mereka sentiasa baik.”

“Perkara ini dah berlalu. Kita perlu fokus pada musim ini dan percaya dengan skuad serta jurulatih hebat yang kita ada,” tambah beliau lagi.