Abang kepada Nico Williams, Inaki berkongsi detik sukar yang dilalui keluarganya selepas adiknya berada dalam transfer saga dengan Barcelona.

Barca berminat untuk mendapatkan Nico bagi menghadapi saingan musim baharu dan perkara ini nyata membangkitkan amarah penyokong Athletic.

Baca Juga:

Nico akhirnya memilih untuk menandatangani kontrak jangka panjang bersama Athletic selepas tidak yakin dengan projek yang dijanjikan oleh Barca.

Nico Williams
Nico

Keluarga Nico Williams Berada Dalam Detik Sukar

Trnsfer saga yang melibatkan Nico Williams nyata memberi kesan yang mendalam terhadap keluarga menurut Inaki.

“Perkara berlaku yang menyebabkan banyak kerosakan, seperti lukisan mural dirosakkan, cermin kereta dipecahkan.

“Dia membuat keputusan dengan hati dan cita-cita. Dia memutuskan untuk bersama kami dan meninggalkan warisannya di sini,” katanya.

Athletic memberi tumpuan kepada membina skuad tempatan yang mantap dengan pemain seperti Nico sebagai teras kepada strategi pertumbuhan yang lebih luas melalui perpaduan dan kesinambungan.