Seramai 36 jurulatih telah berjaya melengkapkan Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional dan Diploma ‘A’ seperti diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.
36 jurulatih itu terdiri daripada tiga kumpulan di mana 8 jurulatih merupakan penerima sijil Diploma Profesional edisi 2019 manakala 10 jurulatih lagi merupakan penerima sijil Diploma Profesional edisi 2022-2023 dan baki 18 jurulatih lagi merupakan penerima sijil Kejurulatihan Diploma ‘A’ 2023 bagi edisi Terengganu.
Baca Juga:
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Antara penerima sijil Diploma Profesional ialah Zainal Abidin Hassan, Manzoor Azwira, Rusdi Suparman, Victor Andrag, K. Nanthakumar dan Wan Rohaimi.
Lebih menarik, beberapa bekas tonggak pertahanan skuad Harimau Malaya turut menerima sijil kejurulatihan Diploma ‘A’ iaitu Shukor Adan, Shahrom Kalam, Amiridwan Taj, Norhafiz Zamani Misbah dan Irwan Fadzli Idrus.
Turut kelihatan ialah bekas penyerang Sarawak, Bobby Gonzales dan bekas pemain Harimau Muda, Syahid Zaidon.
Kursus ini terbuka kepada pemegang sijil kejurulatihan Diploma ‘B’ yang diiktiraf oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selama dua tahun serta mempunyai pengalaman mengendalikan pasukan kebangsaan atau kelab profesional dalam Liga Malaysia.
Pengecualian akan diberikan kepada bekas pemain kebangsaan yang mempunyai Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ sekurang-kurangnya 1 tahun dan telah bermain dengan pasukan kebangsaan sekurang-kurangnya 40 perlawanan
Anggaran tempoh keseluruhan Kursus Kejurulatihan Diploma ‘A’ AFC/FAM ini adalah 12 bulan. Sijil kejurulatihan Diploma ‘A’ ini melayakkan mereka menjadi pembantu jurulatih pasukan Liga Super atau skuad kebangsaan.