Pasukan Gombak FC mahu memberikan saingan sengit di liga separuh profesional negara iaitu Liga A1 Semi Pro musim ini.

Perkara itu dinyatakan oleh ketua jurulatih pasukan iaitu Shahrom Kalam dimana pendatang baharu itu mahu memberikan saingan sengit kepada paskan besar lain di dalam liga.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Bekas ketua pasukan Selangor itu menegaskan pasukan seperti Imigresen FC yang merupakan juara musim lalu dan Kuala Lumpur Rovers sebagai antara pilihan untuk menjadi juara musim ini.

“Secara jujur, fokus saya adalah untuk memastikan pasukan dapat memberi impak dan melakar kejutan dalam industri bola sepak terutama di pentas Liga A1.

“Mengenai pencabar liga, saya rasa ada tiga kelab yang layak dilabel pilihan seperti KL Rovers, Melaka FC dan Imigresen FC,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Jersi Gombak FC di Ampang baru-baru ini.

Pada masa yang sama, presiden kelab iaitu Muadzam Shariff meletakkan sasaran untuk pasukannya layak ke saingan Piala Malaysia selain berusaha meraih slot ke kempen divisyen pertama iaitu Liga Super pada musim depan.

“Fokus kita adalah untuk memastikan pasukan layak ke kempen Piala Malaysia dan selepas itu boleh fikirkan untuk layak ke saingan MFL,” katanya.

Gombak menandatangani beberapa pemain yang pernah beraksi dalam saingan Liga Super seperti Isa Raman di bahagian serangan, Saiful Ridzuwan Selamat dan juga bekas penjaga gol pasukan Selangor, Aqil Fadhly.