Bunga Raya Damansara FC menjadi pasukan pertama dari Liga A1 Semi Pro yang mendapat tajaan secara rasmi dari jenama antarabangsa iaitu Skechers.
Ketika kebanyakkan pasukan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan penaja, pasukan Bunga Raya Damansara memperkasakan gerak kerja pemasaran mereka sehingga berjaya menarik minat jenama global untuk masuk ke pasaran tempatan bersama Bunga Raya.
Baca Juga:
- Bunga Raya Damansara Tagih Khidmat Bekas Pemain Skuad Kebangsaan Hadapi Liga A1
- Machan FC Sah Tarik Diri Dari Liga A1 Semi Pro
- Cita-Cita Besar Gombak FC Di Liga A1 Semi Pro
“Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan jenama antarabangsa seperti Skechers. Untuk kelab yang baru bertapak dalam saingan liga tempatan, kerjasama ini menjadi bukti bahawa kami komited untuk membawa kelab ini ke hadapan selain komitmen Skechers untuk memberikan sokongan terhadap industri sukan terutama bola sepak di negara ini.
“Ini merupakan sejarah baru bola sepak tempatan dari sudut pemasaran dan komersil. Hubungan diantara Bunga Raya dan Skechers ini memberi impak yang positif kepada dunia bola sepak tempatan.
“Seperti yang kita tahu , Skechers kini telah memasuki pasaran bola sepak. Jenama yang terkenal dengan teknologi yang menyelesakan pemakai ini mengaplikasikan konsep yang sama pada kasut bola sepak mereka. Duta global mereka Harry Kane juga mengakui tentang kehebatan kasut bola sepak dari Skechers ini.
“Kami harap Skechers dapat mengukuhkan lagi jenama mereka khususnya dalam kalangan peminat bola sepak tanah air,” kata pemilik kelab iaitu Adam Azman.
Koleksi bola sepak Skechers kini tersedia di Football Republic, Bootsmania, Sportmart dan TFC Football terpilih, menawarkan gaya yang direka khusus untuk pemain profesional dan akademi untuk atlet dari semua peringkat kemahiran.