Kelab dari Borneo, Machan FC mempertimbangkan untuk menarik diri dari saingan Liga A1 Semi Pro musim ini ekoran tambang penerbangan yang mahal.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab, tambang penerbangan domestik yang meningkat telah menjejaskan kewangan pasukan itu dan perkara ini menyukarkan pergerakan kelab.
Baca Juga:
- Bunga Raya Damansara Tagih Khidmat Bekas Pemain Skuad Kebangsaan Hadapi Liga A1
- Peminat Malu Singapura Tewas Kepada JDT
- Ini Gaji Park Hang-seo Ketika Kendalikan Vietnam
“Oleh kerana kadar penerbangan domestik yang semakin meningkat tinggi, pasukan Machan FC telah mempertimbangkan untuk menarik diri daripada Liga A1 Semi pro Malaysia.
“Seperti semua sedia maklum, kelab Machan telah bergerak menggunakan dana kelab sendiri dan peningkatan ketara harga tiket penerbangan domestik telah menyebabkan kesukaran untuk kelab meneruskan baki Liga A1 Semi Pro Malaysia.
“Namun begitu, keputusan pasukan Machan untuk menarik diri dari Liga A1 Semi Pro Malaysia BELUM MUKTAMAD dan pihak pengurusan kelab akan berbincang dgn Pihak AFL bagi mengatur jadual liga agar semua perlawanan away bagi pasukan Machan diadakan serentak di Kuala Lumpur untuk menjimatkan kos penerbangan,” dipetik dari kenyataan kelab.
Salah satu sebab mengapa tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak dijual dengan harga mahal kerana overflight fees. Iaitu satu bayaran daripada syarikat penerbangan asing bagi menggunakan ruang udara sesuatu negara.
Overflight fees ini konsepnya sama seperti hak negara tersebut ke atas tanah milik mereka di mana mereka juga mempunyai hak ke atas ruang udara mereka.
Kebanyakkan negara ‘menyewa’ ruang udara kepada syarikat penerbangan asing bagi memberi kebenaran kepada mereka untuk terbang.
Bayaran ini bukan sahaja merangkumi hak ruang udara negara tersebut. Tetapi bayaran ini juga melibatkan perkhidmatan kawalan trafik udara.
Bagi bayaran melibatkan kawalan trafik udara, bayaran dikenakan adalah berbeza mengikut setiap perkhidmatan kawalan trafik udara di setiap negara.
Tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah atau Sarawak menjadi mahal kerana kebanyakkan syarikat penerbangan terpaksa melalui ruang udara Singapura.
Beberapa bayaran perlu dilunaskan oleh syarikat penerbangan tersebut untuk melalui ruang udara Singapura sebelum sampai ke Sabah dan Sarawak. Bayaran tersebut merangkumi apa yang telah dibincangkan di atas.