Ramai orang Malaysia cukup senang dan pemurah apabila mahu melakukan kebaikkan. Mereka tidak kisah dan tidak berkira untuk

Baru-baru ini salah seorang penunggang motosikal berteduh di stesen minyak Petronas Lebuhraya SILK berkongsi pengalaman beliau bertemu dengan seorang lelaki yang pemurah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video yang dikongsikan melalui TikTok @zaimfq, ada seorang lelaki berjalan serata stesen minyak dengan raga penuh air kopi tin. Dia memberikan satu tin air kopi kepada mana-mana penunggang motosikal yang duduk berteduh daripada hujan di stesen minyak tersebut.

@zaimfq

Brader ni belanja nescafe tin dekat semua rider yang tengah berteduh dekat petronas silk highway. Terbaik gila.. Semoga brader ni dimurahkan rezeki selalu. #malaysia #petronas #fyp

♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Video itu telah mendapat ratusan komen daripada orang ramai yang mendoakan kebaikkan atas sikap pemurah yang ditunjukkan oleh lelaki berbaju putih itu.

Walaupun nampak kecil, namun terpancar senyuman pada setiap penerima air tin itu. Apatahlah lagi pada rupa ‘abang air kopi tin’ tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @zaimfq
Sumber Gambar: TikTok @zaimfq
Sumber Gambar: TikTok @zaimfq

Netizen juga mengucapkan terima kasih kepada ‘abang air kopi tin’ itu kerana memberikan idea mudah untuk berbuat baik kepada orang lain.

Apa yang penting kata netizen; “Bukan kecil atau besar nilai pemberian, tetapi kesanggupan untuk belanja orang lain”.