Berkat sokongan padu daripada peminat hiburan tempatan, Bell Ngasri telah merangkul Anugerah Artis Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH 35) sebentar tadi.

Bell Ngasri dilihat terharu ketika mengambil trofi kemenangan dan berterima kasih kepada peminat dengan sokongan yang diterimanya untuk terus bertahan selama lebih 30 tahun dalam industri seni tanah air.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bell telah menewaskan empat lagi calon hebat lain iaitu Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli.

Sebelum ini Bell tidak menyangka namanya diundi sehingga tersenarai dalam lima terbaik bagi kategori Artis Komedi Popular ABPBH, termasuk menjadi antara 10 selebriti popular yang meraih undian tertinggi untuk acara anugerah itu.