Penyanyi dan pelakon Bella Astillah menyatakan bahawa dia menjalinkan hubungan mesra dengan Muaz Zabir semata mata mahu membuatkan Aliff Aziz cemburu.

Ketika gambar itu diambil, Aliff Aziz didakwa oleh Bella sedang curang dengan dua orang wanita lain.

Dipetik dari BH Online, Bella berkata: Sebenarnya saya mendapat tahu perkara ini sejak semalam.”

Bella mendapat tahu gambar tersebut ditularkan menerusi rakannya. Dan ianya berlaku sehari sebelum sebutan kes penceraiannya.

Lalu Bella mempersoalkan motif di sebalik penyebaran gambar itu.

“Sebutan kes penceraian saya esok, mengapa sekarang [gambar itu disebarkan]? Tegas beliau kepada sumber yang sama.

Bella menegaskan bahawa gambar itu diambil tahun lalu. Niatnya mahu membuatkan Aliff Aziz cemburu sebagai balasan selepas Aliff Aziz berselingkuh dengan dua wanita.

Bella percaya bahawa mereka yang rapat dengannya tahu betapa dia sayangkan Aliff Aziz.

“Jadi saya gunakan seseorang untuk membuatkan Aliff cemburu kerana ketika ini Aliff curang bersama dua wanita lain,” tuntas Bella lagi.

Bella menyatakan bahawa Muaz lelaki yang sangat baik. Dia mengakui dia buat kesilapan pada masa itu.  Namun itulah kesilapan pertamanya dalam 10 tahun dia bersama Aliff Aziz.

“Muaz ni baik dan apabila kita rasa tak dihargai dan diperlakukan seperti sampah, hadir seseorang memberikan perhatian,” kata Bella lagi.

Bella menyatakan bahawa kejadian itu sudah pun dianggap berakhir oleh Aliff Aziz. Kerana mereka sudah berdamai termasuk dengan keluarga di Singapura.

Bella berkata: “Aliff sudah letak penutup di situ, dan menyatakan dia masih sayangkan saya. Selepas kejadian itu Aliff mulai hargai saya. Saya pun fikir saya dah buat kesalahan dan bertaubat.”

Selepas itu Aliff Aziz dikatakan buat hal lagi. Di mana dia mulai menukar kata laluan telefon bimbitnya ketika dia berlakon dengan Ruhainies.

“Jadi mungkin mereka nak tutup kes khalwat mereka dan tiada senjata lalu mempergunakan kes saya. Hanya Aliff yang ada gambar saya dengan Muaz,” tegas Bella Astillah.