Universiti Teknologi Mara (UiTM) memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan hingga berlaku kebocoran data hampir 12,000 pemohon universiti berkenaan.

Menerusi akaun Twitter rasminya @uitmofficial, universiti itu memaklumkan bahawa pautan kepada senarai itu tidak lagi aktif dan kemas kini sudah dilakukan.

Baca Juga:

https://twitter.com/uitmofficial/status/1655867565514854405?s=46&t=He3ChCqRX5E25g8hKPKVRw

Ini susulan seorang pengguna Twitter, @imraimy mendakwa bahawa UiTM baru sahaja menerbitkan senarai hampir 12,000 nombor kad pengenalan dan e-mel pemohon sebagai pautan tidak selamat.

Difahamkan sebanyak 11,891 rekod terdedah melalui perkongsian UiTM ini. Dengan ini, ia dilihat membahayakan para calon yang terlibat kerana maklumat peribadi mereka terdedah secara terbuka dan boleh disalah gunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Diharapkan semua pihak mengambil iktibar daripada insiden ini kerana ia melibatkan privasi seseorang yang patut dilindungi. Sistem pula mestilah diperketatkan dan disemak secara terperinci sebelum disiarkan kepada umum.