Pelari maraton dan jurulatih larian Malaysia Mohd Syahidan Alias berjaya dalam percubaan Guinness Book Of Records untuk maraton penuh terpantas dalam Baju Melayu di Marathon London pada Ahad baru-baru ini.
Mohd Syahidan, yang lebih mesra dikenali sebagai Edan Syah, 36, kongsikan berita gembira itu melalui media sosialnya.
Baca Juga:
- ‘Dah Macam Filem’ – Netizen Terpegun Dengan Kualiti Iklan Bulan Bintang Lakonan Beto Kusyairy
- ‘Konsert Rahmah, Experience Mewah’ – Orang Ramai Puji Konsert Malam Bulan Bintang
- Guna 350 Dron Dari UK, Netizen Puji ‘Marketing’ Kreatif Dan Bertaraf Antarabangsa Jenama Bulan Bintang
“Alhamdulilah, misi tercapai! Kami mencapai misi di bawah 3 jam sebagai pemegang Guinness Book Of Records,” petik hantaran Facebook miliknya.
Beliau menamatkan maraton dengan berbaju melayu buatan Bulan Bintang dengan catatan masa 2 jam, 49 minit dan 22 saat. Edan mengucap terima kasih kepada pihak syarikat itu kerana menaja pakaian lariannya itu.
“Terima kasih sekali lagi kepada @bulanbintanghq @meripergibulat kerana mempercayai, memberi peluang dan menerima idea ‘luar kotak’ saya untuk projek ini.
“Anda berani mencipta penanda aras baharu tentang apa yang boleh dan melakukan perkara yang mustahil,” kata Edan.
Pada masa sama, beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusnya, Jolene Hong atas kepercayaan dan semua pengaturan dengan GWR dan pasukan Bulan Bintang.
“Kami telah melakukan yang terbaik untuk menjadikan baju melayu kembali hebat. Terima kasih atas doa anda dan menyokong perjalanan. Apa seterusnya?”, tambah Syahidan.
Pada 2019, Syahidan berjaya mencipta rekod dunia baharu bagi larian maraton terpantas dalam kategori kostum bendera negara dengan masa 2 jam, 54 minit di Sydney Marathon.