Sering kali melihat iklan hartanah atau rumah untuk dijual, harga yang dipaparkan kerap berada dalam jurang harga RM1 juta dan ke bawah. Hal ini kerana harga tersebut difahamkan menjadi pilihan majoriti pembeli.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila tular iklan penjualan hartanah mewah melibatkan 6 unit banglo tiga dan empat tingkat dalam satu kawasan di Sungai Penchala, Damansara.

Baca Juga:

Sumber: Facebook Muhammad Helmi
Sumber: Facebook Muhammad Helmi
Sumber: Facebook Muhammad Helmi
Sumber: Facebook Muhammad Helmi

Mempunyai tanah seluas dua ekar, enam rumah banglo ini menempat 27 bilik tidur dan 26 bilik air serta mempunyai pemandangan bukit bukau. Dikelilingi pokok-pokok hijau menjanjikan pengalaman yang nyaman buat pembeli baharu.

Penjualan hartanah bernilai RM22 juta ini nyata mendapat perhatian netizen yang sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan. Sementara itu, terdapat netizen yang berteka-teki pemilik hartanah mewah ini.

Sumber: Facebook Jual Beli Tanah di Selangor
Sumber: Facebook Jual Beli Tanah di Selangor
Sumber: Facebook Jual Beli Tanah di Selangor

Selain itu, terdapat juga netizen yang memaklumkan individu ini merupakan seorang yang aktif bagi aktiviti di masjid. Beliau sebelum ini membangunkan hartanah ini dalam usaha untuk membolehkan beliau dapat hidup bersama anak-anaknya di satu kawasan yang sama.

Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hartanah ini, anda boleh klik di sini untuk berhubung dengan ejen hartanah berkenaan.

Sumber