Polis telah menahan seorang lelaki dipercayai penyewa sebuah kondominium di Bandar Permaisuri, Cheras, bagi membantu siasatan berhubung penemuan puluhan bangkai dipercayai kucing, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, individu berusia 31 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Siasatan lanjut berhubung perkara itu sedang dijalankan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata, kertas siasatan berhubung kejadian sudah dibuka dan identiti suspek masih dalam siasatan.

Terdahulu, jiran kepada lelaki itu mendakwa dia dilihat sebagai seorang individu penyayang dan pencinta haiwan peliharaan itu. Tambah jirannya itu lelaki berusia 31 tahun itu adalah seorang pembersih, pandai menjaga rumah dan turut membela kucing.

Dua minggu lalu, jiranya itu ada terhidu bau busuk dan kemudian laporkan kepada pihak pengurusan. Lalu mereka mendapati bau itu datang dari bangkai kucing yang terdapat di depan rumah suspek yang diletakkan di dalam sebuah kotak putih. Pihak pengurusan dan pemilik rumah terbabit kemudian membuat laporan polis.

Sementara itu Penganalisa Jenayah Haiwan yang juga Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika menggesa siasatan segera dijalankan oleh pihak polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) berikutan sehingga kini tiada maklum balas positif selepas laporan dibuat 13 Mac lalu.

Sumber