Cuaca panas ketika ini sememangnya sesuai untuk makan aiskrim. Berita baiknya, kini anda boleh nikmati aiskrim kelapa Sangkaya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras yang baru dibuka secara rasminya pada 5 Disember 2015 yang lalu.

SK 02 Front

Sukar untuk anda terlepas lalu kafé ini kerana anda akan disapa oleh krew mereka dengan senyuman semanis aiskrim Sangkaya.

SK 03 Adik Manis

Deko kafenya pula ringkas dan santai namun tetap menarik.

SK 04 Interior

Dalam dunia era teknologi yang padat dengan pelbagai informasi dan pilihan, Sangkaya hadir dengan hidangan menu yang cukup ringkas, meringankan bebanan untuk memilih.

SK 05 Menu

Hanya 2 pilihan aiskrim sama ada aiskrim perisa asli kelapa, Coconut Ice Cream atau aiskrim ‘Cha Yen’ iaitu perisa teh susu Thai. Uniknya, ia dihidang di dalam tempurung kelapa.

BACA: My Story Cafe Untuk Penduduk Shah Alam Yang Mencari Kelainan

Kemudian boleh dipilih dari 7 topping yang tersedia iaitu Coconut Flakes, Roasted Peanuts, Cereal, Corn Flakes, Sweet Corn, Kidney Beans serta Chcoclate Sauce.

Hasilnya…

SK 06 Ori Ice Cream
Original Ice Cream dengan topping Roasted Peanuts, Sweet Corn dan Chcoclate Sauce.
SK 07 Cha Yen Ice Cream
‘CHA yen’ Ice cream dengan topping Roasted Peanuts, Cereal SERTA Kidney Beans.

Rasanya? Sangat menenangkan. Rasa kelapa asli dengan kemanisan yang sempurna. Tambahan pula dengan topping yang dipilih, menambahkan kelazatannya mengikut citarasa anda sendiri.

Penggemar cendol boleh mencuba ‘Chendol’ Sangkaya yang dicampur bersama cincau, cendol hijau, kacang, jagung, gula melaka serta isi kelapa. Kami ralit menyaksikan penyediaannya.

SK 08 Chendol

BACA: Nyonya Valley, Restoran Peranakan Yang Mungkin Orang Luar Cyberjaya Tidak Pernah Tahu

Aiskrim sudah, cendol pun sudah. Tidak sah ke sini kalau tidak mencuba yang dinamakan The ‘Real’ Coconut Shake. Isi kelapa dan airnya diblend bersama ketulan ais kiub dan dimasukkan satu skup aiskrim kelapa. Ditabur pula kelapa goreng halus. Ah, nikmat.

SK 09 Coconut Shake

Dengan konsep kafé yang minimalis, krew-krew yang manis (ya, saya sedar sudah disebut tadi) serta menu yang ringkas, sedap dan harga yang berpatutan, kami optimis Sangkaya mempunyai masa depan yang cerah.

SK 10 Bye

Balik dulu ya, nanti abang datang lagi. Bye!

Nama Premis : Sangkaya
Lokasi : 109, Jalan Dwitasik 1, Bandar Sri Permaisuri, Cheras (waze)
Layari Laman Facebook dan Instagram.
Waktu beroperasi : Isnin – Ahad, 11am – 11pm.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram