Baru-baru ini, sedutan podcast Hitam Putih yang memaparkan pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor tular kembali di TikTok apabila mengeluarkan kenyataan berkaitan mengapa perempuan tidak boleh bekerja.
Menerusi video terbabit, Rosyam Nor mengatakan bahawa kebanyakan wanita bekerjaya hebat dan kewangan kukuh akan mula memiliki sifat angkuh.
Baca Juga:
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
https://www.tiktok.com/@suhanmovies/video/7264052777456766210
Tambahnya, segelintir isteri yang bekerjaya akan mula meninggikan suara, mengadu penat dan mengeluh untuk membuat kerja di rumah. Akan tetapi, kenyataan itu dibidas oleh oleh Datin Seri Adzliana daripada Usanita dimana dalam perkahwinan haruslah ada ‘give and take’.
Walau bagaimanapun, Adzliana bersetuju bahawa terdapat wanita bekerjaya yang berperangai seperti yang diujarkan oleh Rosyam.
“Perempuan ni bila dah bekerjaya, dah ada duit banyak dia berlagak. Walaupun dia isteri. Perempuan ni bila dah ada duit dia ego.” ujar Rosyam.
Video itu telah meraih perhatian orang ramai dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutama sekali wanita turut bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Rosyam.
Manakala segelintir netizen kurang bersetuju dengan kenyataan tersebut dan mengatakan dalam hubungan perkhawinan haruslah saling ‘give and take’.