Dunia perniagaan tempatan sekali lagi hangat apabila pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming, tampil meluahkan rasa sedih selepas dilemparkan tuduhan sebagai seorang kapitalis.
Tanggapan sedemikian timbul berikutan projek terbaharu beliau yang didakwa sesetengah pihak hanya menguntungkan golongan berada.
Tuduhan Bermula Di Media Sosial
Isu ini tercetus apabila seorang pengguna platform Threads meluahkan pandangannya mengenai perkembangan perniagaan Khairul Aming.
Pengguna tersebut mendakwa usahawan berkenaan kini semakin beralih ke arah model perniagaan kapitalis sepenuhnya.
“You know KA dah beralih ke game full-on capitalist when this kind of project now diketengahkan,” tulis pengguna tersebut.

Beliau menyarankan agar Khairul Aming memberi tumpuan kepada pembukaan cawangan kedua restoran Rembayung berbanding bekerjasama dengan pihak yang disifatkannya sebagai kaya raya.
@khairulaming Memperkenalkan “bandar” livestream pertama di Malaysia 21 top live sellers termasuk Khairulaming, Dato Alif Syukri, Dato Seri Vida, Anas, Caryn, Almiyaz dan ramai lagi akan bersiaran lansung serentak 150,000 botol Sambal Nyet Bilis akan KA keluarkan semasa livestream ni. Jemput tengok nanti 🥹
Pandangan itu turut disokong pengguna lain yang mendakwa Khairul Aming sememangnya mempunyai jiwa kapitalis.
Rasa Sedih Dan Luahan Hati Khairul Aming
Membaca kritikan tersebut, Khairul Aming tidak berdiam diri dan memberikan maklum balas secara matang. Beliau mengakui agak terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang sukar menerima kemajuan usahawan tempatan.
“Sejujurnya sedih la camni. Usahawan negara lain maju berniaga tapi bila kita yang tempatan nak buat jadi serba tak kena,” luah Khairul Aming.
Beliau menegaskan bahawa niat utamanya adalah untuk melihat usahawan tempatan terus melangkah ke hadapan tanpa terus dihimpit oleh sentimen negatif.
Ekosistem Perniagaan Yang Memberi Manfaat
Khairul Aming turut menjelaskan bahawa perniagaan yang dijalankan bukanlah semata-mata untuk kepentingan peribadi, sebaliknya memberi impak positif kepada pelbagai pihak.
“Hasil perniagaan ni untuk semua. Pekerja, supplier, vendor, abg courier, customers, cukai negara, pungutan zakat, semuanya dapat benefit,” jelas beliau.
Tambah beliau lagi, segala ilmu yang diperoleh akan terus diturunkan kepada orang ramai supaya dapat belajar bersama-sama. Beliau turut memohon maaf secara terbuka sekiranya usaha perniagaannya itu ada menyakitkan hati mana-mana pihak.
Sokongan Terhadap Usahawan Tempatan
Penjelasan ikhlas daripada Khairul Aming ini memberikan gambaran jelas bahawa kemajuan sesebuah perniagaan bukan sekadar menguntungkan pemiliknya semata-mata, malah memacu keseluruhan ekosistem tempatan.
Diharapkan masyarakat dapat terus memberikan sokongan positif agar lebih ramai usahawan tempatan mampu berkembang dan berjaya di peringkat yang lebih tinggi.