Dua bintang popular Manchester United, Bruno Fernandez dan Luke Shaw telah meluangkan masa mereka untuk menganyam ketupat sempena Hari Raya.
Ianya hadiah oleh kedua dua mereka kepada peminat di Malaysia yang meraikan Hari Rayat Aidilfitri pada tahun ini.
Dengan kerjasamma bersama dengan penaja rasmi Malaysia Airlines, ternyata Luke Shaw dan Bruno Fernandez teruja untuk mencuba menganyam ketupat.
MAS dalam kenyataannya berkata: “Sempena menyambut kemeriahan Hari Raya, kami menjemput skuad Manchester United untuk mencuba satu tradisi rakyat Malaysia, iaitu Cabaran Ketupat!
“Jelas sekali para pemain menikmati suasana perayaan dan bergembira sepanjang aktiviti ini. Selamat Hari Raya
“Bersempena sambutan Aidilfitri, Malaysia Airlines menyampaikan ucapan penuh mesra bersama pasukan Manchester United β semoga musim perayaan ini dipenuhi kebersamaan, refleksi diri dan kegembiraan yang dikongsi bersama.
Sama ada di atas padang atau di udara, segalanya berkisar tentang semangat berpasukan, minat, dan detik-detik yang merapatkan hubungan sesama kita, walau di mana jua anda menyambutnya.
“Semoga Hari Raya anda dipenuhi dengan masa yang indah bersama insan tersayang.”
Ketika menyelesaikan cabaran tersebut ternyata mereka benar benar seronok dan pada masa yang samma akur bahawa mmenganyam ketupat bukannya mudah.
Selepas itu, mereka mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua.
@malaysiaairlines To get into the Raya spirit, we invited the @manutd squad to try their hand at a little Malaysian tradition, the Ketupat Challenge! Safe to say the boys were fully in the festive mood and enjoyed every moment of it.β Selamat Hari Raya! πβ¨β As we celebrate Eid, Malaysia Airlines is sending warm festive wishes together with the team at Manchester United, a season of togetherness, reflection and shared joy.β Whether on the pitch or in the skies, itβs always about teamwork, passion and the moments that bring people closer together, wherever you may be celebrating.β Wishing you a Hari Raya filled with time well spent with loved ones. β¨β MalaysiaAirlines ManchesterUnited MHxMU MalaysianHospitality