Kapal terbang merupakan salah satu pengangkutan yang mempunyai banyak syarat-syarat ketat yang perlu dipatuhi oleh penumpang. Jika tidak, penerbangan boleh tergendala atau dibatalkan terus demi keselamatan semua pihak.
Baru-baru ini penyanyi dan bekas pramugara, Zarul Husin atau lebih dikenali sebagai Zarul Umbrella berkongsi tiga perkataan sensitif yang tidak boleh disebut semasa berada di dalam pesawat.
Baca Juga:
- Ini Sebab Golongan Muda Semakin Sukar Menabung Untuk Masa Depan
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
@zarulumbrellaofficial Ada 3 perkataan yg perlu dielakkan dlm flight, kalau tak…
Menurut Zarul, tiga perkataan sensitif itu adalah bom, hijack (rampasan) dan apa-apa senjata berbahaya yang boleh dianggap sebagai satu ancaman di dalam kapal terbang tersebut.
“Bom ini perkataan yang diharamkan dalam pesawat atau penerbangan. Jangan sesekali buat main dengan perkataan bom walaupun anda hanya melawak, anda hanya mahu punchline untuk buat lawak.
“Kedua, perkataan saya ada pisau. Aku ada pistol. Aku ada parang pun tak boleh. Ianya sama level juga dengan perkataan bom itu tadi.
“Ketiga ialah hijack (rampasan). Saya nak rampas kapal terbang ni, kerana anda lambat bagi saya nasi lemak. Walaupun anda hanya bergurau, perkara itu pun tidak boleh,” tegas Zarul.
Tambah beliau lagi, penumpang yang didapati berbuat sedemikian boleh dikeluarkan daripada pesawat serta-merta selepas penerbangan berpatah balik semula ke lapangan terbang.