Sejak awal minggu ini, Rembayung menjadi topik bualan orang ramai selepas mengetahui Khairul Aming merupakan pemilik untuk perniagaan restoran yang bakal dibuka tahun hadapan.
Pempengaruh itu mengetengahkan restoran berkonsep kampung di tengah ibu kota di atas tapak tanah berkeluasan 8,000 kaki persegi di Kampung Baru.
Baca Juga:
Ramai menjangkakan kawasan itu akan bertambah sesak apabila restoran itu akan dibuka nanti.
Ditambah pula kekurangan kawasan tempat letak kereta di situ.

Bagaimanapun orang ramai boleh mengambil peluang untuk menjadi pemilik bisnes tempat letak kereta apabila sebidang tanah betul-betul berada di belakang restoran Rembayung itu sedia dijual ketika ini.
Menerusi hantaran Facebook Teha Rosli, tanah berkeluasan 4,865 kaki persegi berstatus ‘Pegangan Bebas Rizab Melayu’ itu untuk dijual pada harga RM1.9 juta.
Daripada gambar-gambar yang dikongsikan, kawasan tanah itu dipenuhi pokok dan terdapat sebuah rumah tersorok di dalamnya.

Ramai warganet berpendapat memang sesuai tanah itu diambil alih untuk dijadikan ‘parking tambahan’ bagi menampung ketibaan pelanggan-pelanggan Rembayung kelak.
