Kapten Manchester United, Bruno Fernandes menegaskan beliau bengang dengan rakan sepasukan selepas pasukan itu dibelasah Newcastle United.
United tewas dengan keputusan 4-1 dalam aksi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sekaligus mengalami kekalahan ke-14 dalam liga musim ini.
Baca Juga:
- Penyokong Manchester United Terus Kecewa, Harga Tiket Bakal Naik Lagi
- Man United Sasar Kejuaraan UEL
- Kim Sang-sik Bimbing ASEAN All Stars Bertemu Manchester United
Bruno kemudiannya mengakui bahawa dia “kecewa” dengan rakan sepasukannya kerana dia tahu betapa berbakatnya mereka.
Bruno Fernandes Kecewa
“Mengenai rakan sepasukan saya, saya hanya kecewa dengan mereka kerana saya tahu betapa baiknya mereka. Saya tahu betapa sukarnya untuk mewakili kelab ini.
“Mereka benar-benar mahu berikan sesuatu yang bagus kepada kelab, untuk menang kerana mereka tahu betapa mereka akan diingati jika mereka memenangi sesuatu dengan kelab ini.
“Pada hari Khamis (menentang Lyon) kami akan bangkit, kami mencipta suasana besar di stadium kami, kami perlu berada di hadapan dan memberikan segala yang kami ada kerana kami mahu ke separuh akhir.
“Dalam saat-saat sukar kami telah memberikan persembahan hebat menentang kelab terbesar. Dalam perlawanan yang penting apabila semua orang menonton.
“Kami adalah Man United, kami perlu meningkatkan dan melakukan segala-galanya untuk memenangi perlawanan,” kata Bruno Fernandes.

Selepas tewas kepada Newcastle, pengurus pasukan, Ruben Amorim kini menyasarkan kejuaraan UEFA Europa League (UEL) dan mara ke Liga Juara-Juara musim hadapan.
“Kami melakukan terlalu banyak kesilapan. Dan mereka lebih baik daripada kami, dan lebih kuat daripada kami.
“Melepaskan gol kedua pada awal separuh masa kedua membuatkan kami benar benar sakit, dan kemudian kami membuat banyak kesilapan yang membantu Newcastle menang perlawanan,” katanya.